Permohonan Bantuan Khas RM500 OKU Negeri Selangor
Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di Negeri Selangor, anda kini boleh memohon Bantuan Khas OKU sebanyak RM500 secara one-off daripada Kerajaan Negeri Selangor.
Pemberian Bantuan Khas OKU ini diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi pakej Kita Selangor 2.0 pada 9 Jun 2021 yang lalu.
Menerusi bantuan khas ini, Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan bantuan sebanyak RM600,000 dengan mensasarkan sebanyak 1,200 permohonan yang layak.
Golongan OKU yang berminat boleh membuat permohonan bermula 1 Julai hingga 31 Julai 2021 secara atas talian.
Matlamat Bantuan
Matlamat pelaksanaan Bantuan Khas OKU ini adalah bagi membantu golongan OKU berumur 18 tahun dan ke atas yang terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.
Ini termasuklah sama ada kehilangan pekerjaan tetap ataupun hilang punca pendapatan terutamanya bagi yang berniaga.
Syarat Permohonan
Bagi pemohon yang ingin memohon bantuan khas ini perlu memenuhi syarat-syarat permohonan iaitu:
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
- Pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
- Had maksima pendapatan isi rumah sebanyak RM 3,000.00 sahaja.
- Pemohon merupakan pemegang Kad OKU JKM Selangor.
- OKU yang terjejas sumber pendapatan akibat Pandemik Covid-19.
- Pemohon merupakan anak kelahiran Selangor dan menetap di Negeri Selangor; atau
- Pemastautin di Negeri Selangor melebihi 10 tahun
- Permohonan bantuan ini adalah terhad kepada 1 pemohon untuk 1 keluarga sahaja.
Cara Memohon
Bagi pemohon yang ingin menghantar permohonan Bantuan Khas OKU ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:
- Layari laman web bantuan iaitu https://www.anisselangor.com/bantuanOKU.
- Klik butang ‘Permohonan Baru.’
- Isi no. kad pengenalan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Seterusnya.’
- Setelah penhantaran selesai, cetak borang permohonan.
- Sila hantar borang permohonan dan dokumen sokongan dalam masa 14 hari sama ada melalui:
– Melalui Email: [email protected]
– Melalui Pos: Yayasan Warisan Anak Selangor, Aras 5, Kompleks Generasi Muda & Sukan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Persiaran Kayangan, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor.
Dokumen Sokongan
Semua dokumen sokongan berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:
- Salinan Kad Pengenalan pemohon.
- Salinan Kad OKU JKM yang berdaftar di Selangor.
- Salinan pengesahan majikan (jika diberhentikan, dipotong gaji atau semisal dengannya).
- Salinan slip gaji terakhir; atau
- Surat pengesahan pendapatan bagi yang tidak mempunyai pendapatan tetap (Pengesahan boleh dibuat melalui ADUN/Ahli Parlimen/Ketua Kampung/Penghulu/Ketua Taman Perumahan/Ketua Masyarakat).
- Salinan penyata akaun bank (tertera Bank, nama penuh dan nombor akaun sahaja).
Soalan Lazim
Ya boleh. Permohonan dibuka untuk usia 18 tahun dan ke atas sahaja.
Tidak boleh. Pemohon mestilah mempunyai Kad OKU dari JKM.
Tidak boleh. Bantuan ini terhad kepada 1 keluarga untuk 1 pemohon.
Tidak. Pemohon mesti menetap di Selangor sahaja.
Tidak. Minimum tempoh pemastautin adalah selama 10 tahun.
Tidak boleh. Ini kerana tidak memenuhi syarat kelayakan. Bantuan OKU ini khas kepada mereka yang terjejas pendapatan akibat pandemik Covid-19 ini samada dipecat, dipotong gaji atau semaksud dengannya.
Pertanyaan Lanjut
Bagi pertanyaan lanjut mengenai bantuan khas ini, sila hubungi pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) di talian 018-256 7093/018-235 6213 atau menghantar email ke [email protected].