Permohonan Elaun Pekerja Cacat (EPC) JKM RM450 Seorang
Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja boleh memohon Elaun Pekerja Cacat (EPC) di bawah Jabatan Kebanjikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 seorang.
Untuk makluman, JKM adalah agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga, dan Masyarakat yang berperanan memberikan perkhidmatan pencegahan dan pemulihan dalam isu-isu sosial serta pembangunan masyarakat.
Matlamat utama EPC diberikan adalah untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Pelaksanaan bantuan ini adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 Jadual Kesembilan Senarai Perundangan.
Syarat Kelayakan
OKU yang ingin memohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut:
- OKU merupakan warganegara Malaysia, bermastautin dan bekerja di Malaysia.
- Berumur 16 tahun dan ke atas.
- Meurpakan pemegang kad OKU JKM.
- Pendapatan bulanan RM1,200 dan ke bawah; atau
- Mana-mana kes yang berkeperluan adalah layak dipertimbangkan.
Cara Memohon
Untuk membuat permohonan EPC, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:
1. Muat turun borang-borang berikut:
– JKM 18 Borang Permohonan Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf
– JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf
– Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/BORANG%20PERMOHONAN%20PENDAFTARAN%20OKU%20PINDAAN%202019.pdf
2. Isi borang-borang tersebut dengan lengkap dan betul.
3. Bawa bersama borang-borang beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.
Dokumen Sokongan
Dokumen-dokumen sokongan berikut perlu dibawa bersama borang-borang permohonan iaitu:
- Kad Pengenalan diri pemohon.
- Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
- Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada).
- Lain-lain dokumen yang berkaitan.
Soalan Lazim
OKU yang layak menerika EPC akan menerima elaun sebanyak RM450 seorang.
Tidak. Syarat kelayakan EPC ialah OKU tersebut mestilah warganegara Malaysia yang bermastautin dan bekerja di Malaysia.
Boleh. Pemohon terlebih dahulu perlu berdaftar dengan JKM dengan melengkapkan Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019.
OKU yang layak menerima EPC mestilah pendapatan bulanan mereka RM1,200 dan ke bawah.
Pertanyaan Lanjut
Sebarang pertanyaan lanjut mengenai EPC, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.