Semakan STR 2023 Kemaskini Bantuan Tunai Rahmah

Bagi semakan (STR) 2023 Fasa 1 & kemaskini status permohonan Sumbangan Tunai Rahmah boleh dibuat menerusi portal MySTR bermula pada 17 Januari 2023.

Terdahulu untuk makluman anda, BTR, atau Bantuan Tunai Rakyat telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pengumuman ini baharu saja di umumkan melalui media sosial Dato Seri Anwar Ibrahim

Terkini, ramai yang telah mengemas kini status mendakwa telah menerima bayaran BTR Fasa 1 bagi yang bekeluarga .

Difahamkan Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah mula dikreditkan mulai 15 Januari 2023 bermula dengan penerima akaun BSN.

Untuk semakan STR 2023 , anda boleh terus berbuat demikian dengan melayari portal MySTR

Kemaskini STR 2023 / Permohonan Baru

Untuk makluman, tempoh permohonan baru atau kemaskini permohonan bagi tahun 2023 boleh dibuat mulai 17 Januari 2023 melalui portal rasmi STR http://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Pemakluman mengenai tarikh pembayaran dan tarikh semakan pembayaran adalah tertakluk kepada pengumuman Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.

Bagi tujuan semakan STR 2023 SumbanganTunai Rahmah boleh di buat menerusi portal rasmi MySTR bermula 17 Januari 2023.

Bayaran bagi Fasa 1 Bantuan Tunai Rakyat (dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah) akan mula di buat mulai pada awal Januari ini. Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat sidang pertama penggal pertama parlimen ke-15 di Parlimen Malaysia.

semakan str 2023 sumbangan tunai rahmah

Selain itu Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan beberapa inisiaitf dan imbuhan lain kepada penjawat awam iaitu ;

  • Kerajaan setuju beri KGT Tambahan Khas RM100, bantuan kewangan khas RM700 kepada penjawat awam
  • Kerajaan cadang salur bayaran tambahan RM200 Bantuan Musim Tengkujuh kepada pekebun kecil pada Januari ini

Kerajaan perpaduan yang di bawah kepimpinan Perdana Menteri Dato Seri Anwar Ibrahim bersetuju bagi meneruskan beberapa bantuan yang telah diumumkan dalam belanjawan sebelum ini. Salah satunya ialah Bantuan Tunai Rakyat yang mana merupakan bantuan tunai  yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu ( BSH, BPN, BPR dan BKM)

Pembayaran Fasa 1 itu,akan memanfaatkan 8.7 juta penerima dengan peruntukan RM1.67 bilion.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2023)

semakan str 2023 kemaskini

Ianya merupakan bantuan tunai  yang diteruskan oleh Kerajaan Perpaduan bagi meneruskan insiatif-insiatif yang telah di bentangkan dalam Bajet 2023 sebelum ini. Ianya merupakan kesinambungan yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu ( BSH, BPN, BPR dan BKM). Pembayaran Fasa satu akan dibuat pada bulan Januari 2023 selepas kerajaan mengambil kira aspek beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

semakan str 2023

Pembayaran STR 2023 bagi Fasa 1 akan mula di kreditkan pada 17 Januari 2023 bagi yang mempunyai akaun. Bagi yang tidak mempunyai akaun penunaian di cawangan BSN mulai Januari 2023. Tarikh bayaran bantuan ini di awalkan adalah atas faktor mengambil pertimbangan untuk menyegerakan kerana masalah pekebun kecil getah dan petani, nelayan terutama (di) Terengganu (dan) Kelantan yang terpaksa menanggung kesempitan akibat banjir ketika ini

Jumlah Bayaran STR 2023 Fasa 1

Kadar bayaran BTR bagi Fasa 1 ialah ;

  • Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan RM100
  • Kategori bujang akan menerima bayaran RM100

Manakala perincian mengenai jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah tidak diumumkan secara terperinci semasa pembentangan Rang Undang-Undang Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat, hari ini.

Semakan STR 2023 & Kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah

Semakan status bayaran Sumbangan Tunai Rahmah kategori dan amaun bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 boleh di buat secara online mulai tarikh 17 Januari 2023 (Selasa)

Manakala bagitujuan kemaskini maklumat dan permohonan baru akan dimaklumkan kemudian (makluman akan dikemaskini dari masa ke semasa)

Cara Semakan STR 2023 Sumbangan Tunai Rahmah

Sila rujuk langkah di bawah:

semakan str 2023
  • Layari pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Klik pada menu MySTR
  • Sila masukkan No. MyKad dan klik butang Log Masuk
  • Pemohon dikehendaki memasukkan kata laluan selepas mengesahkan frasa keselamatan.
  • Setelah berjaya log masuk, sistem akan memaparkan Laman Menu Pengguna. Klik butang
  • Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat status permohon dan maklumat bayaran akan dipaparkan.

Perbandingan Jumlah Bayaran BKM dan STR 2023

Selepas pilihan raya baru-baru ini, pastinya rakyat tertunggu-tunggu akan bantuan apa yang akan diberikan oleh kerajaan terkini. Adakah insiatif yang diberikan lebih bagus dari kerajaan terdahulu atau tidak.

Untuk itu di sini Fuh.My sertakan jumlah bantuan Amaun kadar bayaran BKM 2022 sebelum ini dan juga amaun yang telah di bentangkan dalam Bajet 2023

  • (i) Kategori isi Rumah (Kahwin) -Permohonan berumur 59 tahun dan ke bawah
PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 – RM2,500
BILANGAN ANAK 0 1-2 > 3
FASA 1 RM300 RM300 RM300
FASA 2 RM200 RM300 RM400
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM100 RM100 RM100
FASA 3 RM200 RM300 RM400
FASA 4 RM300 RM600 RM900
JUMLAH RM1,100 RM1,600 RM2,100
PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 – RM5000
BILANGAN ANAK 0 1-2 > 3
FASA 1 RM100 RM200 RM300
FASA 2 RM100 RM100 RM100
BANTUAN
TUNAI TAMBAHAN
RM100 RM100 RM100
FASA 3 RM100 RM100 RM100
FASA 4 RM100 RM200 RM300
JUMLAH RM500 RM700 RM900
  • (ii) Kategori isi Rumah (Kahwin) -Permohonan berumur 60 tahun ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)
PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 – RM2,500
BILANGAN ANAK 0 1-2 > 3
FASA 1 RM300 RM300 RM300
FASA 2 RM200 RM300 RM400
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM100 RM100 RM100
FASA 3 RM500 RM600 RM700
FASA 4 RM300 RM600 RM900
JUMLAH RM1,400 RM1,900 RM2,400
PENDAPATAN ISI RUMAH RM2,501 – RM5,000
BILANGAN ANAK 0 1-2 > 3
FASA 1 RM100 RM200 RM300
FASA 2 RM100 RM100 RM100
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM100 RM100 RM100
FASA 3 RM400 RM400 RM400
FASA 4 RM100 RM200 RM300
JUMLAH RM800 RM1,900 RM1,200
  • (iii) Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] Tiada Had Umur Permohonan dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)
PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 – RM2500
BILANGAN ANAK 1-2 >3
FASA 1 RM300 RM300
FASA 2 RM300 RM400
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM100 RM100
FASA 3 RM800 RM900
FASA 4 RM600 RM900
JUMLAH RM2,100 RM2,600
PENDAPATAN ISI RUMAH RM2501 – RM5000
BILANGAN ANAK 1-2 >3
FASA 1 RM200 RM300
FASA 2 RM100 RM100
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM100 RM100
FASA 3 RM600 RM600
FASA 4 RM200 RM300
JUMLAH RM1,200 RM1,400
  • (iv) Kategori Bujang dan Ibu Bapa tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak -Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah
PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 – RM2,500
FASA 1 RM200
FASA 2
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM150
FASA 3 RM150
FASA 4
JUMLAH RM400
  • (v) Kategori Bujang dan Ibu Bapa tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak -Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas
PENDAPATAN ISI RUMAH RM0 – RM5,000
FASA 1 RM150
FASA 2 RM150
BANTUAN TUNAI
TAMBAHAN
RM50
FASA 3 RM150
FASA 4 RM150
JUMLAH RM600

Jumlah Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM 2023) Yang Diumumkan Sebelum Ini Dalam Bajet 2023 (Sebelum PRU-15)

i) Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan

RM2,500 : Lebih 5 Anak

RM1,000 – RM2,000: 1 – 4 Anak

bantuan tunai rakyat 2023

ii) Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

RM500 – RM1,250: 1 – 4 Anak (Bergantung bilangan anak)

iv) Ibu / bapa tunggal dinaikkan kepada RM3,000 berbanding RM2,500

Tambahan RM500

iii) Warga Emas Tiada Pasangan & Bujang

RM350 – RM600 (Bergantung pendapatan)

Makluman : Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Febuari 2023 nanti.

Syarat Sumbangan Tunai Rahmah

Akan dikemaskini kemudian

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 Permohonan Baru

Setakat ini belum ada pendaftaran baharu di buka. Bagi penerima BKM sebelum ini, tidak perlu untuk membuat permohonan baharu.

Pendaftaran dan permohonan baharu serta kemaskini maklumat penerima sedia ada akan mula dibuka dalam masa terdekat dan akan di kemaskini dari masa ke semasa.

Untuk semakan secara online anda boleh layari Portal Rasmi STR 2023 http://bantuantunai.hasil.gov.my/ 

Pertanyaan Mengenai Bantuan Tunai Rakyat 2023

Apa itu  Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023

Ialah Bantuan Tunai Rakyat yang diperuntukkan dalam bajet kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mengurangkan beban kewangan mereka seperti yang pernah diberikan oleh kerajaan sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM

Ialah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik

Soalan Lazim (F.A.Q)

Jumlah Bayaran FASA 1?

  • Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300
  • Warga Emas Tiada Pasangan RM100
  • Kategori bujang akan menerima bayaran RM100

Bila Tarikh Bayaran STR Fasa 1 ?

Bayaran bagi Fasa 1 akan dibuat pada 17 Januari 2023

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah berkaitan semakan str 2023 anda boleh rujuk terlebih dahulu Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR melalui pautan http://bantuantunai.hasil.gov.my/ yang boleh di akses mulai tarikh 17 Januari 2023 .

Atau anda jugaboleh hubungi ;

Hotline LHDNM

  • 1-800-88-2747 (Waktu Operasi : 9.00 pagi – 5.00 petang)

Hotline MOF

  • 03-8882 4565
  • 03-8882 4566

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!