GKP 2.0: Semakan Tarikh Pembayaran Geran Khas Prihatin RM3,000

Permohonan GKP atau Geran Khas Prihatin 2.0 telah dibuka semula selama sebulan sepanjang bulan Oktober 2020.

Kini pemohon boleh membuat semakan status GKP 2.0 di portal rasmi gkp.hasil.gov.my bermula 27 November.

Manakala pembayaran dijangka bermula 30 November 2020.

Menurut sumber, sebanyak 512,000 permohonan telah diterima berbanding fasa terdahulu di mana 76% dari 642,976 permohonan telah diluluskan sebelum ini.

Tentang GKP 2.0

Secara ringkasnya, GKP 2.0 adalah bantuan kewangan secara one-off berjumlah RM3,000 kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi meringankan beban kewangan perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Siapa Yang Layak?

GKP 2.0 hanya terbuka kepada anda yang memenuhi syarat permohonan berikut:

  • Bukan penerima GKP sebelum ini
  • Mestilah Warganegara Malaysia
  • Mempunyai jumlah perolehan tahunan kurang dari RM300,000
  • Mempunyai jumlah pekerja kurang daripada 5 orang (tidak termasuk pemilik)
  • Mestilah berdaftar dengan LHDNM / SSM sebelum 31 Ogos 2020
  • Masih aktif menjalankan perniagaan
  • Semakan silang data dengan agensi yang dilantik oleh MOF

Cara Memohon

Permohonan boleh dibuat secara online di portal rasmi gkp.hasil.gov.my

Permohonan secara manual tidak diterima.

Semakan GKP

Status permohonan akan diumumkan pada 27 November 2020.

Pemohon boleh menyemak status di portal rasmi GKP.

Soalan Lazim

Saya mempunyai SSM tapi tidak membuka fail cukai LHDN, adakah saya layak memohon?

Ya anda layak memohon.

Bilakah tarikh pembayaran GKP 2.0 akan dibuat?

Bermula 30 November sebanyak RM3,000 ke akaun masing-masing.

Apakah kaedah pembayaran Geran Khas Prihatin?

Secara terus ke akaun bank yang didaftarkan semasa memohon.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!