E-Lembaga Peperiksaan: Dapatkan Sijil Peperiksaan Secara Online

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Lembaga Peperiksaan Malaysia telah mewujudkan sistem atas talian e-Lembaga Peperiksaan bermula 1 Februari 2021 bagi orang ramai mendapatkan semula sijil peperiksaan yang hilang.

Sistem ini diwujudkan bagi memudahkan orang ramai membuat tuntutan terhadap sijil peperiksaan mereka yang hilang tanpa perlu berkunjung ke ibu pejabat KPM di Putrajaya.

Melalui sistem ini, orang ramai akan memperoleh semula sijil peperiksaan mereka melalui pos yang dihantar terus ke rumah mereka.

Sistem e-Lembaga Peperiksaan ini ternyata memudahkan orang ramai yang hanya perlu memohon secara atas talian.

Baca juga: Dapatkan Info Maklumat Terkini APDM KPM 2021 Di Sini.

Sijil Peperiksaan Yang Boleh Dituntut

Terdapat beberapa sijil peperiksaan yang boleh dituntut melalui sistem e-Lembaga Peperiksaan ini iaitu:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Mata Pelajaran Vokasional (MPV)
  • Mata Pelajaran Aliran Vokasional (MPAV)
  • Malaysia Certificate of Education (MCE)
  • Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Sijil Rendah Pelajaran (SRP)
  • Lower Certificate of Education (LCE)

Bayaran Yang Dikenakan

Bayaran yang dikenakan untuk setiap tuntutan sijil peperiksaan yang hilang adalah RM30 tidak termasuk kos penghantaran.

Kos penghantaran yang dikenakan kepada pemohon adalah sebanyak RM10.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan, pemohon perlu mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Layari laman web https://elp.moe.gov.my/.

2. Klik bahagian ‘Perkhidmatan’ di sebelah kiri paparan.

3. Klik bahagian ‘Salinan Keputusan.’

4. Pilih salinan keputusan peperiksaan yang dikehendaki.

5. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Papar Borang Permohonan.’

6. Setelah maklumat pemohon di paparkan, pilih sama ada sijil peperiksaan tersebut ingin dihantar melalui pos atau mengambil di kaunter Lembaga Peperiksaan Malaysia.

7. Apabila selesai membuat pilihan, klik butang ‘Mohon’ untuk membuat permohonan.

Tempoh Pengeluaran Sijil Peperiksaan di Kaunter

Untuk mereka yang ingin mengambil sijil peperiksaan di kaunter, tempoh pengeluaran adalah seperti berikut.

  1. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau selepas 1994- 1 jam.
  2. Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada atau sebelum 1993- 7 hari bekerja.
  3. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau selepas 1998-1 jam.
  4. Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada atau sebelum 1997- 7 hari bekerja.
  5. Lain-lain peperiksaan (STAM, SPMU, MPV, SPMV, SPVM, SVM, MCE, SPDM, SRP, LCE, MPAV, DLL)- 7 hari bekerja.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan mengenai sistem e-Lembaga Peperiksaan ini, sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia di talian 03-8884 3785/3787 atau email ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!