Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 (SBBS) KT

Terkini Koperasi Tentera membuka permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022 untuk anak-anak ahli koperasi tentera (KT).Bantuan pendidikan ini, khusus untuk anak yang belajar di sekolah rendah atau menegah sahaja.

Permohonan boleh dibuat mulai 1 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 5 September 2022.

Apa itu Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022

Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan (SBBS) adalah merupakan skim kebajikan yang diberikan kepada anggota KT untuk meringankan perbelanjaan bagi persiapan pembelajaran anak-anak yang akan memasuki sesi baru persekolahan

Syarat Kelayakan

Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak Koperasi Tentera seperti berikut ;

  1. Terbuka kepada Anggota Koperasi Tentera (KT) sahaja.
  2. Telah menjadi anggota KT selama 4 tahun dan ke atas.
  3. Tidak menamatkan keanggotaan KT dalam tempoh permohonan.
  4. Bagi permohonan suami dan isteri (anggota KT), hanya SATU permohonan sahaja yang layak diterima.
  5. Gaji pokok/pencen bawah RM5,000.
  6. Minimum 3 orang anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja

Cara Permohonan Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022

  • Borang permohonan SBBS 2022 boleh diperolehi di kaunter-kaunter Ibu pejabat, Cawangan yang berhampiran atau borang juga boleh di dapati dengan cara muat turun borang dipautan https://bit.ly/3vpZUas
  • Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar melalui Cawangan KT yang berhampiran atau terus ke ibu pejabat KT yang beralamat di:
Koperasi Tentera
Wisma Koperasi Tentera
No.1, Jalan 2/65C, Off Jalan Pahang Barat
53000 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian: Projek Khas Keanggotaan)

Dokumen Sokongan

Salinan dokumen-dokumen berikut perlu disertakan sekali bersama borang permohonan iaitu ;

PEMOHON (ANGGOTA KT)

  1. Salinan MyTentera (Anggota ATM)
  2. Salinan MyKad (Awam/Pesara)
  3. Salinan Penyata Gaji Terkini (Awam/Anggota ATM)
  4. Salinan Penyata Pencen/Bank Terkini (Pesara)/Surat Pengesahan Pendapatan bagi Bekerja Sendiri
  5. Salinan Surat Pengesahan Akaun Bank Anggota

ANAK (PELAJAR SEKOLAH RENDAH/MENENGAH SAHAJA)

  1. Salinan MyKad/MyKid/Surat Beranak (Mengikut bilangan anak yang bersekolah rendah/menengah sahaja)
  2. Dokumen Tambahan Seperti PERBAH II/Surat Perakuan atau lain-lain dokumen yang berkaitan bagi mengesahkan status anak angkat/anak tiri

Nota Penting

  • Pastikan borang yang diisi adalah borang yang terkini (SBBS 2021).
  • Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms atau surat.
  • Sekiranya bayaran melalui cek “pihak KT berhak menggunakan cek yang tidak ditunaikan bagi apa-apa kegunaan
  • menurut polisi KT dari semasa ke semasa”.
  • Borang yang difotostat/emel/faks boleh diterima.

Maklumat Lanjut

Sekrianya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Sumbangan Bakti Bantuan Persekolahan 2022, hubungi pihak Koperasi Tentera di talian 1-300-8000-58 atau kunjungi cawangan KT berhampiran

Baca juga : Kejora Bakti Siswa Untuk Pelajar B40 Melanjutkan Pelajaran Ke IPT

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!