Permohonan Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) Yayasan Pahang RM300

Ibu bapa dari Negeri Pahang yang mempunyai anak yang sedang belajar di tahun 3 pada tahun 2022 ini, Yayasan Pahang telah membuka permohonan untuk Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) bagi pelajar Tahun 4 sesi 2023.

Untuk makluman, BSR telah diperkenalkan sejak tahun 2002 dan diberikan kepada murid-murid Tahun 4 yang sedang belajar di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh Negeri Pahang

Pada peringkat awal BSR ini diperkenalkan, kumpulan sasar BSR adalah anak-anak dari keluarga miskin atau daif dengan pendapatan keluarga pelajar dibawah paras RM700 sebulan namun kini telah diperluaskan kepada keluarga yang berpendapatan dibawah paras RM2000 sebulan.

Yayasan Pahang telah menambahbaik proses permohonan di mana permohonan dibuat hanya melalui sekolah dan dibuat secara dalam talian, Selain itu, pihak sekolah tidak perlu menghantar borang permohonan ke YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Rendah (BSR) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Rendah)

Permohonan bagi BSR dibuka mulai 22 Ogos sehingga 07 Oktober 2022 secara atas talian.

bsr 2023

Kadar Biasiswa

Sebelum tahun 2012, kadar biasiswa BSR yang diberikan kepada pelajar yang layak adalah sebanyak RM300.

Namun, mulai tahun 2012, kadar baharu BSR telah dinaikkan kepada RM300 setahun bagi murid tahun 4 yang layak.

Syarat Kelayakan

Ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Anak Negeri Pahang Darul Makmur mestilah ditakrifkan sebagai pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga mesti dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Pemohon dan ibu bapanya atau penjaganya yang lahir di luar Pahang dan ibu bapanya yang bukan warganegara Malaysia dalah tidak layak memohon
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal yang tiada pendapatan tetap atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  8. Pemohon mestilah sedang belajar di Tahun 3 bagi tahun semasa di SK/SJKC/SJKT dalam Negeri Pahang Darul Makmur.
  9. Murid yang pernah digantung atau dibuang sekolah tidak layak memohon.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan BSR, permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah sahaja. Oleh itu, ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlulah mendapatkan borang permohonan melalui sekolah masing-masing.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau melayari laman web rasmi Yayasan Pahang iaitu http://www.yp.org.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!