Cuti Matrikulasi & Takwim KPM 2023 /2024

Jadual cuti matrikulasi 2023/2024 & takwim Matrikulasi KPM merujuk kepada Program Akedemik Kementerian Pendidikan Malaysia yang terkini. Ianya bagi membantu pihak Matrikulasi dan pelajar untuk menyelaras jadual cuti dan aktiviti sepanjang sesi akademik 2023/2024.

Kepada pelajar baharu lepasan SPM yang mendapat tawaran pengajian di Matrikulasi, tahniah dan syabas di ucapkan.

Tarikh Lapor diri pelajar Matrikulasi

Bagi sesi kemasukan dan pembelajaran pelajar-pelajar Matrikulasi 2023/2024, berikut ialah tarikh melapor diri bagi pelajar Program Matrikulasi KPM semester satu/ pengambilan baru:

  • Kumpulan A (Kedah, Kelantan dan Johor)- 9 Julai 2023
  • Kumpulan B (Negeri-Negeri selain Kedah, Kelantan dan Johor)- 10 Julai 2023

Manakala untuk sesi akademik bagi semua pelajar semester satu,dua,tiga dan empat boleh merujuk kepada kalender Takwim akademik Kementerian Pendidikan Malaysia

Kalender Takwim Matrikulasi 2023/24

Untuk sesi akademik Matrikulasi KPM jadual berikut merangkumi sesi akademik untuk pelajar semester I,II,III dan IV yang terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ;

  • Kumpulan A – Kedah, Kelantan dan Johor
  • Kumpulan B – Semua negeri kecuali Kedah, Kelantan dan Johor

Takwim Akademik Semester I /III

takwim matrikulasi 2023/24

Takwim Akademik Semseter II /IV

takwim matrikulasi 2023


Tarikh Cuti Matrikulasi 2023/2024

cuti matrikulasi 2023

Pelarasan cuti bagi setiap Matrikulasi adalah berbeza mengikut negeri. Selain daripada cuti perayaan dan cuti semester, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) juga memberikan kemudahan cuti tambahan perayaan contoh seperti cuti hari deepavali Matrikulasi ada tambahan satu hari. Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk jadual cuti matrikulasi sesi 2023/20224 seperti berikut ;

  • Pesta Kaamatan (Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan sahaja) – 30 & 31 Mei 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Perayaan Hari Gawai Dayak (Sarawak sahaja) – 1 & 02 Jun 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)
  • Hari Krismas – 25 Disember 2023 (Dalam Cuti Akhir Semester)

Nota : Jadual takwim dan cuti ini adalah tertakluk kepada pindaan. Sebarang perubahan adalah merujuk kepada pengumuman semasa yang akan di maklumkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak pengurusan Matrikulasi masing-masing.

Download Kalender Cuti & Takwim Matrikulasi 2023/2024

Untuk rujukan, anda juga boleh download Kalendar Akademik Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia Sesi 2023/2024 dalam format PDF

Download

Bagi pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran, anda boleh memohon bantuan komputer yang diperuntukan oleh kerajaan negeri Sabah Bantuan Ihsan Komputer (BAIK)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!