Semakan UPUOnline & Rayuan Lepasan SPM/Setaraf 2023/2024
Semakan Keputusan UPUOnline Lepasan SPM/Setaraf Sesi Akademik 2022/2023
dibuat mulai 7 Julai 2023 (Jumaat) jam 12.00 tengah hari hingga 16 Julai 2023 (Ahad) jam 5.00 petang.
Hebahan ini telah dibuat oleh Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Cara Buat Semakan UPUOnline
Semakan boleh di buat melalui dua kaedah iaitu :
i) Laman Web
- Layari laman web atau URL berikut:
– https://jpt.utm.my
– https://jpt.uum.edu.my
– https://jpt.unimas.my
– https://jpt.ums.edu.my
– https://jpt.umt.edu.my - Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik Semak.
- Keputusan permohonan akan dipaparkan
ii) Aplikasi Telefon Pintar
Semakan juga boleh dibuat menerusi aplikasi telefon pintar UPUPocket yang boleh dimuat turun di platform:
- Google Play Store
- Apple App Store
- Huawei App Gallery
Setuju Terima Tawaran
Untuk makluman, tarikh tempoh setuju terima tawaran ada bermula 8 hingga 16 Julai 2023. Tawaran tempat bagi sesi akademik 2023/2024 adalah muktamad dan sebarang permohonan pertukaran program mahupun pertukaran institusi tidak dibenarkan.
Permohonan Rayuan UPUOnline
Dasar pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat yang ditawarkan mengikut program pengajian selepas pendaftaran pelajar baharu selesai dijalankan.
[PEMAKLUMAN] Permohonan Rayuan UPUOnline® bagi lepasan SPM sesi akademik 2023/2024 boleh dibuat mulai hari ini jam 12:00 tengah hari sehingga 16 Julai 2023, jam 5.00 petang.
Hanya pemohon yang tidak berjaya atau mendapat tawaran pengajian peringkat sijil sahaja boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline® bagi kemasukan ke UA dan Politeknik di https://upu.mohe.gov.my
Kenyataan media boleh di akses di pautan: https://www.mohe.gov.my/…/kenyataan-media-hebahan…
Berikut dikongsikan tarikh-tarikh penting kemasukan pelajar lepasan SPM & lepasan STPM Sesi Akademik 2023 / 2024
TARIKH-TARIKH PENTING UPUONLINE (LEPASAN STPM/ SETARAF)
Tarikh-Tarikh Penting | Lepasan SPM | Lepasan STPM |
Fasa Permohonan (Fasa 1) | 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 | 7 Februari 2023 hingga 28 Mac 2023 |
Fasa Permohonan (Fasa 2) | 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 | 15 Mei 2023 hingga 12 Jun 2023 |
Proses Temu Duga dan/ atau Ujian | Mei 2023 hingga Jun 2023 | Mei 2023 hingga Ogos 2023 |
Fasa Pengemaskinian | Minggu Pertama Jun 2023 | Minggu keempat Julai 2023 |
Hebahan Perdana dan Permohonan Rayuan | Minggu Pertama Julai | Minggu Pertama September 2023 |
Hebahan Rayuan | Minggu Pertama Ogos 2023 | Minggu ketiga Oktober 2023 |
Nota : Informasi mengenai permohonan rayuan UPUOnline akan diumumkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi dari semasa ke semasa.
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai semakan keputusan UPUOnline dan rayuan melalui UPUOnline lepasan SPM sesi 2022/2023, sila hubungi:
- https://www.facebook.com/UPUonlineBKPAJPT
- Hotline UPU: 03-86842363
- Maklumbalas UPU: https://jpt.mohe.gov.my/maklumbalas/
- Email: [email protected]