Program Matrikulasi KPM 2022 / 2023 | Cara Memohon & Tarikh Semakan
Program Matrikulasi KPM 2022 / 2023 | Cara Memohon & Tarikh Semakan ~ Sukacita dimaklumkan, permohonan kemasukan ke Program Matrikulasi KPM bagi pelajar lepasan SPM 2021 akan mula dibuka pada bulan Mac 2022.
Program Matrikulasi KPM 2022 / 2023
Program Matrikulasi KPM atau juga dikenali sebagai Matrik terbahagi kepada dua program dan empat jurusan utama, iaitu :
- Program Satu Tahun
- Program Dua Tahun
Dan, jurusan:
- Sains Hayat
- Sains Fizikal
- Perakaunan
- Teknikal (Jurusan Teknikal baru diperkenal pada tahun ini)
Kelebihan Matrikulasi
Antara kelebihan Program Matrikulasi KPM adalah:
- Memperoleh elaun daripada kerajaan
- Dapat membiasakan diri dalam suasana dan persekitaran universiti
- Tempoh pembelajaran yang singkat
- Memperoleh penerapan soft skill
Walaubagaimanapun, anda perlu juga menilai beberapa perkara penting sebelum memohon seperti yang disenaraikan dibawah:
- Proses pembelajaran yang pantas
- Sijil matrikulasi hanya dapat digunakan untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sahaja.
- Wajib mengambil MUET
- Persaingan daripada Pelajar Asasi dan Tingkatan Enam
Apabila tamat pengajian di Matrik, lulusan matrikulasi ini perlu memohon melalui UPU atau Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengikuti program peringkat ijazah. Mereka yang mempunyai keputusan cemerlang mempunyai peluang yang lebih cerah untuk memasuki program pengajian yang diminati.
Jumlah bayaran yang perlu dijelaskan semasa mendaftar adalah RM220* untuk jurusan Sains dan Teknikal, manakala RM212* untuk jurusan Perakaunan. Yuran pengajian dan penginapan ditanggung oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Selain itu, para pelajar para pelajarnya akan menerima elaun sebanyak RM 1,250 satu semester sepanjang pengajian.
*bergantung pada perubahan dari masa ke semasa
Cara Memohon
Untuk memohon, sila layari laman sesawang rasmi KPM di pautan berikut: http://matrikulasi.moe.gov.my
Tarikh Penting
- Permohonan akan dibuka pada 15 Mac sehingga 15 April 2022.
- Kemaskini Permohonan / baharu (Jun 2022)
- Semakan Keputusan Tawaran / Setuju Terima (Julai 2022)
- Rayuan Pertukaran Jurusan / Kolej (Julai 2022)
- Keputusan (Julai 2022).
- Semakan tawaran fasa 2 (Ogos 2022)
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan, atau ingi mengetahui maklumat lanjut, sila emelkan kepada: [email protected]
Atau hubungi talian: 03-8884 4083/4035