Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 Sesi 2021/2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa

Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UTHM Semester 2 Sesi 2021/2022 Untuk Pelajar Sepenuh Masa ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bagi bantuan zakat pelajar UTHM Semester 2 Sesi 2021/2022 kini dibuka untuk permohonan.

Tawaran ini terbuka kepada pelajar sepenuh masa.

Baca Juga : Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Sarawak Sesi 2022

Tarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM

Untuk makluman, bantuan zakat khas untuk pelajar UTHM ini dibuka bermula 15 Mac 2022 hingga 14 April 2022.

Jenis Bantuan Zakat Pelajar UTHM

Untuk makluman, terdapat dua bentuk bantuan ditawarkan kepada pelajar UTHM iaitu :

  • Bantuan Sara Diri

Syarat-Syarat Permohonan :

1) Beragama Islam
2) Warganegara Malaysia / Pemastautin Tetap
3) Mod Pengajian Sepenuh Masa
4) Terbuka kepada pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana/PhD
5) Kategori B40
6) Pelajar aktif berdaftar
7) Tapisan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAINJ dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti

bantuan zakat pelajar uthm
  • Bantuan Yuran Pengajian

Syarat-Syarat Permohonan :


1) Beragama Islam
2) Warganegara Malaysia
3) Mod Pengajian Sepenuh Masa
4) Terbuka kepada pelajar Diploma/Sarjana Muda/Sarjana sahaja
5) Kategori B40
6) Keutamaan akan diberikan kepada pelajar yang tajaannya disekat / tajaan tamat tempoh (lanjutan semester) / Gagal mendapatkan tajaan
7) Tapisan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAINJ dan Jawatankuasa Zakat Peringkat Universiti

Cara Memohon

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian dengan mengisi borang Google docs melalui pautan berikut :

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT PELAJAR UTHM (SEMESTER 2 SESI 2021/2022)

Tarikh Permohonan Bantuan Zakat Pelajar UTHM

Panduan Mengisi Borang

1) Segala butiran hendaklah diisi dengan TEPAT dan LENGKAP dengan menggunakan HURUF BESAR

2) Pemohon hendaklah memuat naik dokumen sokongan seperti berikut:

2.1) DOKUMEN WAJIB (BANTUAN SARA DIRI)

a) Salinan Kad Pengenalan

b) Salinan Kad Matrik, SEKIRANYA tiada KAD Matrik pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran

c) Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Daerah (WAJIB)

d) Salinan keputusan peperiksaan semester terbaru

2.2) DOKUMEN WAJIB (YURAN PENGAJIAN)

a) Salinan Kad Pengenalan

b) Salinan Kad Matrik, SEKIRANYA tiada KAD Matrik pemohon perlu lampirkan salinan Surat Tawaran

c) Salinan slip gaji yang telah disahkan oleh majikan atau penyata pendapatan yang telah disahkan oleh Ketua Kampung atau Pegawai Daerah (WAJIB)

d) Salinan keputusan peperiksaan semester terbaru

e)Lain-lain bukti yang menyokong permohonan

2.3) DOKUMEN TAMBAHAN (JIKA ADA)

a) Salinan Laporan Kesihatan/ Kad OKU (Jika Berkenaan)*

b) Salinan Sijil Perakuan Perceraian ibubapa (Jika Berkenaan)*

c) Salinan Sijil Kematian Ibubapa/ Penjaga (Jika Berkenaan)*

3) Sekiranya pemohon GAGAL untuk memuat naik dokumen sokongan dan TIDAK LENGKAP, permohonan tidak akan diproses dan diklasifikasikan sebagai GAGAL

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut serta perkembangan terkini, sila rujuk laman media sosial rasmi Pusat Islam UTHM (ZAKAT UTHM) atau hubungi salah satu talian berikut :

011-392 46829 (Sdr Sarah Shahirah)

011-275 33889 (Sdr Fadlin Afina)

011-209 68761 (Sdr Syamimi)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!