Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)

Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)

Walaupun ramai pengguna kini banyak bergantung pada kaedah pembayaran atas talian, namun ramai yang masih bergantung pada wang kertas untuk tujuan jual beli.

Apa Itu Wang Kertas Palsu?

Wang kertas palsu adalah penghasilan semula wang kertas sebenar menggunakan bahan berkualiti rendah namun kelihatan serupa dengan wang tulen.

Dihasilkan dengan niat untuk menipu orang ramai, wang kertas tiruan ini tidak mempunyai sebarang nilai namun ada kemungkinan ia boleh digunakan dan mungkin terlepas daripada pengesanan.

Sumber : NST

Semua wang kertas moden yang palsu boleh dikenalpasti tanpa sebarang masalah.

Perbezaannya boleh dilihat apabila diteliti dengan dekat menggunakan kaedah ‘RASA, LIHAT, SENDENG, dan PERIKSA’.

Baca Juga : Maybank2u : Cara Daftar Akaun Maybank Online

Cara Kenalpasti Wang Kertas Asli : Ciri-Ciri Keselamatan Yang Anda Perlu Tahu

1.RASA

Rasa kualiti wang kertas dan cetakan timbul :

  • Kertasnya kasar dengan kesan cetakan terangkat pada teks dan potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama.
  • Wang kertas polimer diperbuat daripada plastik khas dengan kesan cetakan terangkat pada teks dan potret SPB Yang di-Pertuan Agong yang pertama.

2. LIHAT

Cara Kenalpasti Wang Kertas

Lihat pada potret 3-Dimensi dan benang keselamatan:

  • Potret tera air (watermark) 3 Dimensi, daftar tembus yang sempurna dan tetingkap jelas akan muncul.
  • Barisan keselamatan berwarna gelap berterusan akan muncul.

3. SENDENG

Cara Kenalpasti Wang Kertas

Sendengkan wang kertas dan perhatikan perubahan imej dan warna:

  • Perhatikan imej dan perubahan warna pada benang keselamatan dan tampung berkilat berwarna.

4. PERIKSA

Cara Kenalpasti Wang Kertas

Periksa menggunakan peranti cahaya ultraungu atau kanta pembesar:

  • Peranti cahaya Ultraungu – substrat kertas tidak akan bercahaya kecuali untuk ciri keselamatan yang dipilih.
  • Kanta pembesar – huruf mikro akan kelihatan dengan jelas

Ciri Keselamatan Mata Wang Malaysia

Wang kertas asli juga dihasilkan dengan beberapa ciri-ciri keselamatan menerusi rekabentuk sisi, garisan mikro dan imej pendam.

Anda boleh rujuk infografik di bawah untuk ketahui dengan lebih lanjut :

Cara Kenalpasti Wang Kertas

Cara Mengendalikan Wang Kertas Dengan Betul

Berdasarkan perkongsian daripada Bank Negara Malaysia, wang kertas diperbuat daripada kapas kecuali wang polimer RM 1 dan RM 5. Namun, cara pengendalian atau penjagaan wang kertas adalah sama bagi kedua-duanya iaitu :

  • Jangan lipat wang kertas berulang kali (contohnya untuk dijadikan bahan hiasan) kerana ia boleh meninggalkan kesan lipatan kekal.
  • Jangan renyukkan wang kertas
  • Jangan gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang kertas.
  • Jangan masukkan wang kertas ke dalam air atau peluntur warna
  • Jangan kikis jalur holografik yang terdapat pada wang kertas RM 50
  • Jangan ubah suai wang kertas

Sebagai pengguna, adalah tanggungjawab untuk kenalpasti wang kertas dan membezakan antara yang asli atau palsu.

Bila anda sudah boleh kenalpasti wang kertas asli dan membezakannya dengan yang palsu, maka lebih mudahlah untuk anda menyemaknya sebelum menerima.

Selain itu, anda juga perlu tahu cara untuk mengendalikan wang kertas agar kualitinya terjaga dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai cara kenalpasti wang kertas asli dan kaedah pengendalian yang betul, sila layari laman web rasmi Bank Negara Malaysia (BNM) di pautan https://www.bnm.gov.my/methods-to-check-banknote-security-features.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!