Rayuan Haji 2023 Dibuka – Ini Cara Permohonan Online

Rayuan haji musim 2023 /1444H boleh dibuat buat mulai hari ini 27 Mac 2023 bersamaan hari Isnin secara online melalui THiJARI tanpa perlu lagi membuat surat.

Cara rayuan secara online memudahkan pendeposit tanpa perlu lagi hadir ke kaunter cawangan TH untuk beratur panjang dan menghadap kesesakan lalulintas.

Untuk makluman, kuota haji bagi jemaah Malaysia pada tahun ini adalah seramai 31,600 orang jemaah.

Kuota ini adalah kuota haji rasmi negara-negara dalam Pertubuhan Negara-Negara Islam (Organisation of Islamic Cooperation – OIC) atau OIC, termasuk Malaysia adalah berpandukan kepada Mesyuarat OIC pada tahun 1988 di Amman, Jordan. Pihak Kerajaan Arab Saudi telah menetapkan kuota haji setiap negara pada kadar 0.1% daripada jumlah penduduk negara berkenaan.

Untuk makluman Malaysia telah mengemukakan dua rayuan kepada Kerajaan Arab Saudi untuk tambahan 350 kuota haji untuk tahun 2023. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar menjelaskan, Malaysia mempunyai asas untuk memohon kuota tambahan itu berdasarkan pertambahan penduduk kepada 31.95 juta orang.

Kerajaan Arab Saudi menetapkan kuota 31,600 jemaah haji Malaysia tahun ini, dan Malaysia meminta tambahan 350 jemaah untuk menjadikan jumlah keseluruhan 31,950. Menteri itu melahirkan harapan kerajaan Arab Saudi akan mempertimbangkan rayuan Malaysia.

Pihak TH juga sebenarnya telah mengeluarkan senarai daftar haji secara berperingkat kepada pendeposit yang terpilih.

Namun begitu, bagi yang tiada nama dalam senarai Semakan Tawaran Haji 2023, anda masih mempunyai peluang. Ini kerana kemungkinan terdapat pendeposit yang terpaksa untuk membatalkan atau menanguhkan niat menunaikan haji tahun ini disebabkan faktor kesihatan dan pelbagai faktor lainnya.

Tarikh Tutup Rayuan Haji 2023/1444 H

rayuan haji 2023 online

Permohonan rayuan menunaikan haji 2023 akan mula dibuka pada ;

  • Tarikh permohonan :- 27 Mac 2023 (Isnin)
  • Tarikh tutup permohonan :-

Cara Rayuan Haji Online 2023 (THiJARI)

Bagi semua urusan Haji termasuk rayuan haji, boleh dibuat secara online menerusi website dan aplikasi THiJARI.

Untuk panduan anda boleh rujuk video penerangan berikut ;

  1. Buka aplikasi THiJARI anda, atau layari portal rasmi THiJARI di https://www.thijari.com.my/
  2. Anda perlulah telah mendaftar akaun THiJARI terlebih dahulu
  3. Sekirnya anda belum mendaftar akaun THiJARI, anda boleh semak cara untuk mendaftar akaun THiJARI di https://www.tabunghaji.gov.my/ms/simpanan/perkhidmatan/thijari
  4. Bagi yang sudah mendaftar, sila log masuk dan klik pada pilihan menu Pekhidmatan Haji
  5. Kemudian klik pada Rayuan Haji
  6. Seterusnya klik pada Permohonan Rayuan Haji dan klik berikutnya
  7. Pastikan anda baca dengan teliti garis panduan pengurusan rayuan menunaikan fardu Haji. Seterunya klik Saya Faham.
  8. Selanjutnya anda dikehendaki untuk memasukkan nombor akaun Tabung Haji dan nombor kad pengenalan bakal haji
  9. Pastikan anda faham soalan yang diberikan. Pilih ya atau tidak serta klik Akad (Perakuan Istito’ah)
  10. Klik hantar untuk kemukakan rayuan
  11. Akhir sekali, muat turun Surat Akuan Terima Rayuan Bakal Haji untuk simpanan dan rujukan anda.

Syarat Rayuan Haji

Bagi mereka yang berhajat untuk membuat rayuan, pastikan anda memenuhi kriteria syarat tunai haji yang ditetapkan oleh kerajaan arab saudi bagi musim haji 1444/2023 seperti berikut ;

  • Kesihatan -individu sihat tanpa risiko kesihatan
  • Had umur -tiada had umur maksima
  • Vaksin -mengambil suntikan vaksin meningococcal & covid-19

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan TH, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919

Soalan Lazim F.A.Q

Bolehkah saya membuat rayuan walaupun gililiran tunai haji masih lama lagi?

Rayuan haji boleh dibuat melalui platform atas talian THiJARI mulai 27 Mac 2023, dengan memberi keutamaan kepada rayuan mahram.

Adakah mereka yang membuat rayuan tunai haji membuat bayaran haji ikut mengikut kategori yang ada?

Bagi mereka yang merayu dan terpilih untuk menunaikan haji secara Muassasah, bayaran penuh Kos Haji iaitu RM30,850 telah ditetapkan, melainkan mereka yang membuat rayuan sebagai:
i.-Mahram kepada BH yang telah terpilih menunaikan haji; atau
ii.Pembantu kepada jemaah lanjut usia yang telah terpilih menunaikan haji.

Bolehkah saya merayu untuk tukar status Bayaran Haji ke kadar kumpulan B40?

Penentuan status kategori B40 adalah berdasarkan maklumat sahih yang diperolehi daripada Kerajaan dan adalah muktamad.

Apakah cara pemilihan Bakal Haji (BH) bagi musim haji 1444H/2023M?

Kaedah pemilihan BH pada tahun ini adalah sama seperti kaedah sebelum ini, iaitu berdasarkan tarikh dan masa daftar haji di mana yang dahulu didahulukan

Apakah kriteria yang diutamakan dalam memilih bakal haji 1444H/2023M?

TH akan mengutamakan BH giliran tunai haji pada tahun 2020, 2021 dan seterusnya 2022 yang masih menunggu giliran mereka disebabkan pandemik Covid19, sebelum diikuti dengan BH giliran 2023.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!