Akta Cuti Parteniti 7 Hari Dilanjutkan Dari 3 Hari Sebelum Ini

Cuti parteniti 7 hari dilanjutkan dari 3 hari sebelum ini. Manakala tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98. Dewan Rakyat hari ini meluluskan pindaan Akta Kerja 1955 (Akta 265), yang antara lain mencadangkan agar cuti paterniti dinaikkan daripada tiga kepada tujuh hari, selepas mendapat sokongan suara terbanyak.

Ini sebagai permulaan dan setiap dua tahun kita akan semak balik akta yang ada dan kita akui ada masih ada kelemahan, namun ini manfaat untuk semua kumpulan pekerja terutama B40.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 untuk bacaan kali kedua berkata ia bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh mencukupi.

Tempoh cuti bersalin kini dilanjutkan daripada 90 hari kepada 98 hari manakala cuti paterniti lelaki dilanjutkan daripada tiga hari kepada tujuh hari.

Ini selepas Rang Undang-Undang Kerja (Pindaan) 2021 diluluskan di Dewan Rakyat setelah memperoleh sokongan ahli Dewan Rakyat melalui undian suara.

Syarat-Syarat Cuti Parteniti

  • Pekerja lelaki yang sudah berkahwin
  • Tidak terhad untuk satu isteri
  • Tempoh perkhidmatan minima 12 bulan dengan majikan yang sama
  • Memaklumkan dalam tempoh 30 hari kepada majikan sebelum isteri bersalin
  • Cuti boleh diambil mulai dari hari isteri bersalin

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Awang Hashim berkata, pindaan ini bertujuan memberi ruang kepada pekerja lelaki yang isterinya bersalin supaya dapat menguruskan kelahiran anak dalam tempoh yang mencukupi

“Cadangan ini juga selaras dengan Pekeliling Perkhidmatan Sumber Manusia Ceraian SR.5.4.2 yang menekankan konsep mengutamakan keluarga.

“Melalui pindaan ini, pekerja lelaki sektor swasta akan turut menikmati faedah yang sama seperti penjawat awam,” katanya dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.

Faedah Penambahan Cuti

Pemberian cuti paterniti amat penting bagi;

  • Menenangkan emosi isteri yang masih belum stabil, selain peranan penting yang dimainkan sebagai suami atau bapa yang bertanggungjawab untuk menjaga keluarga.
  • Suami dapat bersama-sama isteri menyambut kelahiran anak
  • Menjaga isteri baru bersalin dan bayi yang baru dilahirkan
  • Menyelesaikan urusan tertetnu seperti urusan pendafataran anak

Baca juga : Diskaun 30% Pakej Cuti Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan 2022

Mengenai ketetapan maksimum untuk lima kelahiran bagi pekerja lelaki mendapat cuti paterniti, Awang berkata akta ini akan disemak dari semasa ke semasa.

Beliau juga memaklumkan bahawa cuti paterniti itu diberikan kepada pekerja lelaki yang sudah berkahwin dan tidak terhad untuk satu isteri sahaja.

Akta Kerja atau Akta 265 digubal bagi memberi perlindungan dan kebajikan kepada golongan pekerja melalui penetapan terma-terma dan syarat-syarat pekerjaan minimum, berkuat kuasa di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Seramai 20 ahli Parlimen terlibat dalam membahaskan pindaan itu meliputi 46 fasal yang merangkumi, antara lain, 28 fasal pindaan, 10 fasal baharu dan enam fasal yang dimansuhkan.

Antara fasal yang dipinda adalah fasal 12 iaitu pemanjangan cuti bersalin, fasal 20 dan fasal 21 iaitu pengurangan waktu kerja dan waktu kerja syif daripada 48 jam seminggu kepada 45 jam seminggu dan fasal 22 iaitu pengasingan cuti hospitalisasi daripada kelayakan cuti sakit minimum.

Peruntukan baharu pula antaranya fasal 13 iaitu larangan pemberhentian wanita hamil, fasal 23 iaitu cuti paterniti lelaki, fasal 27 iaitu aturan kerja fleksibel dan fasal 36 yang mewajibkan majikan supaya mempamerkan notis pencegahan gangguan seksual di tempat kerja.

Berkaitan pelaksanaan akta kerja, penambahan cuti parteniti dan cuti bersalin ini akan dikemaskini dari semasa kesemasa.

Sumber : https://www.facebook.com/YBAwangHashim

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!