ePemula |  Cara Cash Out Dengan Mudah Tanpa Perlu Keluar Rumah

ePemula |  Cara Cash Out Dengan Mudah Tanpa Perlu Keluar Rumah ~ Dah claim epemula tapi tak tahu cara cash out? Jangan risau, anda hanya perlu ikut langkah-langkah di bawah. 

ePemula

ePemula adalah merupakan sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan melalui eWallet Shopee, Grab, TNG dan BigPay.

Program ini  adalah salah satu inisiatif kerajaan yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022. Para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi akan menerima RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet masing-masing. 

Proses penebusan boleh dibuat bermula dari 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022 dan kredit tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Mencapai umur 18-20 tahun (lahir pada tahun 2002 hingga 2004) ATAU
  • Merupakan pelajar sepenuh masa TANPA HAD UMUR di peringkat setara Diploma SKM4 dan ke atas di Institusi Pengajian Tinggi berdaftar dengan salah satu Kementerian berikut:
  • Kementerian Pendidikan Tinggi
  • Kementerian Pendidikan
  • Kementerian Belia dan Sukan
  • Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar
  • Kementerian Sumber Manusia
  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)
  • Kementerian Pelancongan, Seni dan Kebudayaan

Cara Menebus

Anda boleh menebus RM150 ini melalui:

  • Boost
  • TNG
  • ShopeePay
  • BigPay

Cara Cash Out ePemula RM150

Hah, ramai yang pening kepala macam mana nak cash out kan ePemula ni kan sebab takleh guna untuk online payment. Sayanglah kalau tak guna sebab tak suka guna offline dan terhad nak beli apa. 

Ikut langkah-langkah dibawah untuk masukkan RM150 ini ke akaun bank anda dan anda boleh terus cash out dan beli apa saja keinginan anda!

Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

  1. Muat Turun akaun Maybank QRpaybiz
  2. Klik “DAFTAR”
  3. Seterusnya pilih nombor IC dengan tarikh lahir. ( klik “V” dekat bahagian tepi business registration number tu dan pilih IC dan tarikh lahir)
  4. Kemudian masukkan username, pin code, nama company dll (just masukkan ikut keselesaan)
  5. Link kan dengan akaun bank anda. Sekiranya anda tidak mempunyai akaun maybank, jangan risau. Pilih bank pilihan anda, dan masukkan no telefon yang aktif kerana no tac akan diberikan melalui sms untuk mengesahkan akaun bank anda. 
  6. Klik baris tiga dekat bahagian atas sebelah kiri.
  7. Pilih “SETTING” > “STATIC QR”
  8. Screenshot code yang keluar tadi.
  1. Selepas itu, pergi ke apps dimana anda claim ePemula tadi. 
  2. Klik “Scan”
  3. Dan, select gambar code yang anda telah screenshot tadi.
  4. Selesai. RM150 tersebut terus masuk ke akaun anda dan anda boleh berbelanja tanpa had!
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!