COVID 19 | 10 SOP Fasa Peralihan ke Endemik Bermula 1 April 2022

COVID 19 | 10 SOP Fasa Peralihan ke Endemik Bermula 1 April 2022 ~ Sukacita dimaklumkan, bermula pada 1 April 2022, Malaysia akan beralih ke fasa endemik. Ini menyebabkan beberapa SOP dimansuhkan dan pihak berwajib telah mengemaskini SOP yang terpakai buat masa ini.

10 SOP Fasa Peralihan ke Endemik

Berikut adalah ringkasan pengumuman Perdana Menteri serta SOP yang akan dikuatkuasakan dalam Fasa Peralihan Endemik Mulai 1 April 2022 kelak.

  • Pelitup muka masih wajib dipakai di tempat awam.
  • Had masa berniaga dimansuhkan (boleh buka 24 jam dan bersahur mengikut syarat lesen operasi premis).
  • Pendaftaran kemasukan menggunakan My Sejahtera masih diwajibkan tetapi tidak di tempat terbuka.
  • Aktiviti ibadah boleh dilakukan tanpa penjarakkan sosial (boleh rapatkan saf). Walaubagaimanapun ia terletak dibawah kuasa Majlis Agama Islam Negeri.
  • Vaksinasi – had liputan dimansuhkan. Semua boleh merentas negeri. Pekerja juga tiada had.
  • Had kapasiti 50% melibatkan perkumpulan ramai dimansuhkan. Penjarakan fizikal yang munasabah perlu dilakukan.
  • Sempadan negara dibuka pada 1 April 2022. Rakyat dibenarkan pergi ke mana-mana negara yang turut membuka sempadan. My TravelPass akan turut dimansuhkan. Pelancong perlu memuat turun aplikasi My Sejahtera.
  • Vaksinasi lengkap – tiada keperluan untuk menjalani kuarantin bagi sesiapa yang lengkap vaksinasi. Hanya perlu menjalani RT-PCR dua hari sebelum berlepas serta RTK-Antigen dalam tempoh 24 jam selepas ketibaan.
  • Tiada Vaksin – Menteri Kesihatan akan umumkan perincian.
  • KKM akan umumkan SOP secara terperinci dalam masa terdekat.
  • Bagi negara yang masih menutup sempadan, rakyat masih boleh menggunakan VTL bagi Malaysia dan negara terbabit. (Singapura, Thailand, Brunei, Indonesia).
  • Pemilik premis wajib memastikan sistem pengudaraan ventilasi yang baik di dalam premis.
  • Kekerapan dan cara melakukan pembersihan premis diseragamkan bagi setiap Kementerian.
  • Individu yang disyaki atau disahkan positif COVID-19 wajib mematuhi setiap garis panduan yang ditetapkan KKM (Ujian pengesanan COVID-19 dan tatacara kuarantin)
  • sop endemik.
  • Perincian fasa peralihan ke endemik dan pembukaan sempadan akan dimaklumkan oleh menteri-menteri bertugas dalam masa terdekat ini.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan, atau ingin mengetahui maklumat lebih lanjut, sila layari pautan berikut: [Kenyataan Media]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!