COVID19 | Berapa Lama Kuarantin Bagi Kontak Rapat?

Covid19 | Berapa Lama Kuarantin Bagi Kontak Rapat? ~ Penularan kes Covid 19 semakin merisaukan berikutan varian Omicron baru-baru ini. Muncul beberapa persoalan yang sering menjadi kekeliruan rakyat berkaitan Covid 19 ini termasuklah tempoh kuarantin bagi kontak rapat dan sebagainya. 

Anda boleh rujuk info terkini yang ditetapkan oleh KKM (Info dikemaskini 17 Februari 2022) seperti di bawah. 

Kuarantin Bagi Kontak Rapat COVID19 Akan Dimansuhkan?

Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, pemansuhan prosedur pengasingan atau kuarantin bagi mereka yang menjadi kontrak rapat kes COVID-19 akan dilaksanakan minggu depan (selepas Sidang Media Kementerian Kesihatan (KKM)). 

Fasa 1: Sektor Perkhidmatan Kesihatan Awam

Menteri Kesihatan itu berkata, bagi fasa pertama, ia akan dimulakan dalam sektor perkhidmatan kesihatan awam. Sehubungan itu katanya, satu pekeliling telah diedarkan kepada semua petugas kesihatan bertarikh 15 Februari lalu.

Kontak rapat berlaku tanpa disengajakan dan apabila apabila ia berlaku maka terjadinya gangguan kepada ekonomi, pengurusan pekerjaan dan sebagainya dengan ketara.

Satu pekeliling sudah dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk pekerja kesihatan mengenai satu protokol baharu dikenalkan dan bagi mereka yang dikesan kontak rapat mereka tidak perlu melakukan pengasingan jika tiada gejala. Sebaliknya hanya perlu melakukan ujian pada hari-hari tertentu. 

NOTA: untuk petugas kesihatan. 

Tempoh Isolasi Dan Tempoh Kuarantin Covid19

COVID19

Tempoh Kuarantin Terkini ( update 17 Februari 2022)

KES POSITIF:

  • Telah menerima dos penggalak : 7 hari
  • Lengkap vaksinasi : 7 hari
  • Tidak lengkap ATAU tiada vaksinasi : 10 hari

Nota: Tempoh kuarantin sama ada tidak bergejala atau bergejala

KONTAK RAPAT: 

Telah menerima dos penggalak : 5 hari

  • Tiada gejala – tidak perlu ujian pengesanan Covid-19
  • Bergejala – perlu lakukan RTK-Ag kendiri

Lengkap vaksinasi : 7 hari

  • Tiada gejala – tidak perlu ujian pengesanan Covid-19
  • Bergejala – perlu lakukan RTK-Ag kendiri

Tidak lengkap ATAU tiada vaksinasi : 10 hari

  • Tiada gejala – tidak perlu ujian pengesanan Covid-19
  • Bergejala – perlu lakukan RTK-Ag kendiri

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!