Panduan & Contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri

Susulan peningkatan kes harian COVID-19, kerajaan bermula 13 Januari 2021 telah menguatkuasakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara.

Antara SOP yang perlu dipatuhi oleh orang ramai ialah larangan merentas negeri bagi memastikan wabak COVID-19 tidak terus merebak di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, pihak kerajaan memberikan pengecualian kepada mereka yang perlu melakukan perjalanan rentas negeri seperti mereka yang bekerja di negeri yang lain, penghantar barangan, atau mereka yang mempunyai kes-kes kecemasan yang memerlukan mereka melakukan perjalanan rentas negeri tersebut.

Namun, mereka perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak polis sebelum boleh membuat perjalanan rentas negeri tersebut.

Untuk mendapatkan kebenaran tersebut, mereka perlu menulis surat untuk menerangkan tujuan perjalanan rentas negeri dan juga mengisi borang kebenaran rentas negeri yang disediakan oleh pihak PDRM.

Larangan Merentas Negeri

Sehingga hari ini, kerajaan masih menguatkuasakan larangan merentas negeri walaupun tiada negeri di Malaysia dikenakan PKP.

Negeri-negeri yang sebelum ini dikenakan perintah PKP telah bertukar kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Sehingga kini, negeri-negeri yang melaksanakan PKPB adalah seperti berikut:

  • Kelantan
  • Pulau Pinang
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Johor
  • Sarawak

Manakala negeri-negeri yang melaksanakan PKPP adalah seperti:

  • Perlis
  • Kedah
  • Perak
  • Pahang
  • Terengganu
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Sabah
  • Labuan

Format Surat

Surat permohonan bagi kebenaran rentas negeri perlulah menggunakan format Surat Rasmi.

Ini kerana, permohonan tersebut adalah dengan tujuan rasmi dan surat tersebut dihantar kepada pihak polis.

Sebagai contoh, bagi Surat Kebenaran Rentas Negeri atas tujuan pekerjaan, format lengkap bagi penulisan surat adalah seperti berikut:

  1. Nama dan Alamat Syarikat

Nama dan alamat syarikat mesti ditulis dibahagian atas surat. Lazimnya nama dan alamat syarikat ini sudah ditulis di bahagian kepala surat atau letterhead.

2. Tarikh

Tarikh perlu ditulis di bahagian atas kanan di bawah kepala surat tersebut.

Tarikh surat mestilah ditulis dengan lengkap iaitu hari, bulan dan tahun.

Bulan tersebut mestilah diletakkan huruf besar pada permulaan huruf dan huruf seterusnya adalah huruf kecil.

3. Penerima

Untuk penerima umum, lazimnya ia ditulis ‘Kepada Pihak yang Berkenaan.’ Ini bermaksud bahawa surat tersebut boleh digunakan bagi rujukan pelbagai pihak.

4. Panggilan Penerima

Panggilan penerima lazimnya adalah kepada orang yang mempunyai pangkat lebih besar.

Justeru, panggilan Surat Kebenaran Rentas Negeri ini, penerima yang digunakan ialah Tuan.

5. Tajuk surat

Tajuk surat perlu ditulis di bawah panggilan penerima tersebut.

Tajuk surat adalah ringkas dan padat serta tidak ditulis terlalu panjang atau meleret.

Tajuk surat mestilah ditulis dengan huruf besar kesemuanya dan dihitamkan.

6. Isi Surat

Pada yang pertama, penulis perlu menyatakan tujuan surat ini ditulis kepada penerima iaitu memohon kebenaran rentas negeri bagi tujuan pekerjaan.

Untuk perenggan kedua pula, penulis perlu memberikan butiran pekerja yang dimaksudkan merangkumi nama penuh dan no kad pengenalan.

Perenggan ketiga pula ialah penutup dengan memberikan nombor telefon syarikat bagi rujukan dan mengucapkan ucapan terima kasih kepada penerima surat.

Untuk perenggan kedua dan seterusnya, nombor perenggan perlu ditelakkan pada awal setiap perenggan.

7. Tandatangan, nama, dan jawatan pengirim

Di akhir surat terbabit, penulis perlu menurunkan tandatangan bagi mengesahkan penulisan surat tersebut.

Di bawah tandatangan, pengirim perlu meletakkan nama penuh dengan kesemuanya huruf besar yang dihitamkan.

Selepas nama penuh, penulis perlu meletakkan nama jawatan di bawah nama tersebut dengan huruf pertama sahaja pada setiap perkataan ialah huruf besar.

Contoh Surat

Berikut adalah contoh Surat Kebenaran Rentas Negeri yang boleh dijadikan panduan:

Borang Kebenaran Rentas Negeri

Selain itu, orang ramai juga untuk diingatkan bagi mengisi borang kebenaran rentas negeri yang disediakan oleh pihak polis.

Borang kebenaran tersebut boleh dimuat turun melalui pautan berikut https://www.rmp.gov.my/docs/default-source/Penerbitan/borang-permit-pergerakan-pkpb.pdf?sfvrsn=2&fbclid=IwAR3PtuiH3TyyPHytnB8vA03Q3gHIShIcVO8beZ2jJk2-TUC06HzFQmKSwos.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!