GrEP MARA 2022 : Graduate Excellence Programme

Permohonan GrEP MARA Graduate Excellence Programme 2022 telah di buka. Graduan yang layak boleh membuat permohonan mulai 05 September 2022 sehingga 22 September 2022. Permohonan hanya boleh di buat secara atas talian (online) menerusi website MARA.

Apa Itu GrEP MARA 2022 ?

grep mara 2022

MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang yang memberi impak besar kepada keperluan guna tenaga negara.

Syarat Kelayakan

Calon-calon yang berminat perlulah memenuhi syarat umum dan syarat khusus permohonan seperti berikut:

Syarat Umum

  • Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah bertaraf Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  • Had umur pemohon pada 31 Disember 2022:
Peringkat PengajianTempat PengajianHad Umur
SarjanaDalam NegaraTidak melebihi 40 tahun
SarjanaLuar NegaraTidak melebihi 35 tahun
Doktor FalsafahDalam NegaraTidak melebihi 45 tahun
Doktor FalsafahLuar NegaraTidak melebihi 40 tahun
  • Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang
  • Pemohon perlulah mendapatkan pengesahan dari doktor bertauliah bahawa pemohon adalah sihat dan boleh melanjutkan pengajian
  • Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan Undang- Undang MARA.
  • Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  • Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  • Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Syarat Akademik

Peringkat PengajianTempat PengajianKelayakan Akademik
SarjanaDalam NegaraMemiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.00 atau yang setaraf dengannya bagi pengajian peringkat terdahulu
SarjanaLuar Negara1.Memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;
 
2.Memperolehi IELTS 6.5
Doktor Falsafah (PhD)Dalam Negara1. Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.50 atau yang setaraf dengannya;
Doktor Falsafah (PhD)Luar Negara1.   Memiliki kelayakan Sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan pencapaian CGPA minimum 3.75 atau Kelas Pertama atau yang setaraf dengannya;
 
2. Memperolehi IELTS 6.5
  • Bagi pengajian peringkat Sarjana Senibina (Part II) pemohon perlu mempunyai kelayakan yang diiktiraf oleh Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) Part I dan pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang- kurangnya enam (6) bulan.
  • Pemohon yang tidak memenuhi syarat CGPA seperti yang dinyatakan layak dipertimbangkan, sekiranya memiliki pengalaman kerja dalam bidang berkaitan sekurang-kurangnya tiga (3) tahun.

Syarat Program

  • Pemohon yang sedang atau akan memulakan pengajian sebelum atau pada 31 Disember 2022
  • Mempunyai baki tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun bagi pengajian peringkat Sarjana dan 2 tahun bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah.
  • Bagi pengajian peringkat Doktor Falsafah (PhD) yang tidak memenuhi syarat ranking university by subjects layak dipertimbangkan sekiranya H-Indeks 30 dan ke atas bagi penyelia utama. H-Indeks merujuk Scopus, World of Science dan Google Scholar.
  • Mendapat tawaran pengajian daripada Institusi Pengajian dalam negara seperti di LAMPIRAN A

  • Mendapat tawaran bersyarat (Conditional Offer) atau tanpa syarat (Unconditional Offer) daripada Institusi Pengajian terkemuka luar negara seperti di Lampiran B.

  • Belum mempunyai kelayakan akademik bagi peringkat pengajian yang akan diikuti.
  • Kursus yang diikuti telah mendapat pengiktirafan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Permohonan   terbuka   untuk pengajian  secara SEPENUH MASA mengikut kursus dalam bidang terpilih seperti di Lampilan C.

Tempoh Pinjaman

Tempoh pinjaman adalah seperti berikut ;

  • Sarjana : 2 Tahun
  • Doktor Falsafah : 4 Tahun

Baca juga : Permohonan Pembiayaan PUTRA MARA RM10,000 Tanpa Faedah

Cara Permohonan

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian (online) dengan melayari laman web rasmi MARA http://www.mara.gov.my mulai 01 April sehingga 15 April 2022.
  • Permohonan mesti dikemukakan di dalam talian (online) melalui pautan yang disediakan.
  • Dokumen sokongan di dalam sistem perlulah dimuatnaik dalam satu (1) fail PDF sahaja.
  • Permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan diproses
  • Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Baca juga : Permohonan Pinjaman Pelajaran MARA Ke Universiti Terbaik Dunia

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan GrEP MARA 2022 : Graduate Excellence Programme boleh berhubung seperti butiran di bawah:

Alamat

Bahagian Penganjuran Pelajaran Tingkat 10, Ibu Pejabat MARA

21 Jalan MARA, 50609 Kuala Lumpur

Telefon

03-2613 2103 / 2054 / 2075 (GrEP@ Luar Negara)

03-2613 2090 / 2106 / 2083 (GrEP@ Dalam Negara)

Emel

[email protected] (bagi permohonan dalam negara)

[email protected] (bagi permohonan luar negara)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!