Tawaran Bantuan Zakat Pelajar UiTM Sarawak Sesi 2022

Permohonan Sumbangan Zakat Untuk Pelajar UiTM Sarawak Sesi 2022 ~ Sukacita dimaklumkan tawaran bantuan zakat untuk pelajar UiTM Sarawak kini dibuka untuk permohonan.

Permohonan ini terbuka kepada semua pelajar UiTM cawangan Sarawak.

Baca Juga : Bantuan Dermasiswa Pengajian Zakat Pulau Pinang MAINPP 2022 Untuk Pelajar Diploma, Degree, Master dan PhD

Syarat-Syarat Permohonan Tawaran Zakat Untuk Pelajar UiTM Sarawak

Pelajar UiTM Sarawak yang berminat untuk memohon perlulah menepati syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Beragama Islam
  • Pendapatan kasar ibu bapa atau penjaga adalah RM 4,000 ke bawah.
  • Pelajar tidak terikat dengan mana-mana biasiswa mahupun tajaan pelajaran lain.
Bantuan Zakat Pelajar UiTM Sarawak

Dokumen Yang Diperlukan

Pelajar juga diminta untuk kemukakan dokumen berikut :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan ibu bapa atau penjaga.
  • Salinan penyata akaun pemohon. Pastikan nombor akaun tertera untuk proses transaksi wang bantuan.
  • Salinan penyata gaji ibu bapa atau penjaga.

Cara Memohon

Pelajar yang berkelayakan boleh lakukan permohonan secara atas talian menerusi student portal UiTM.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Zakat Pelajar UiTM Cawangan Sarawak

  • Tarikh permohonan : 21 Mac hingga 21 April 2022
  • Semakan dokumen : 22 hingga 30 April 2022
  • Sesi Temuduga : 9 hingga 15 Mei 2022
Bantuan Zakat Pelajar UiTM Sarawak

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lajut mengenai bantuan zakat pelajar ini, sila hubungi Unit Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM Cawangan Sarawak di talian 082-677056.

Untuk mendapatkan perkembangan terkini sila ikuti Laman Facebook MPP UiTM Sarawak.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!