CCRIS : Panduan Semakan Rekod Kredit Untuk Buat Loan Rumah
Kini, pengguna yang berkelayakan boleh mendaftar akaun eCCRIS dan membuat semakan CCRIS dengan mudah dari rumah.
Untuk makluman, CCRIS atau Central Credit Reference Information System merupakan salah satu sumber maklumat yang digunakan institusi kewangan peserta bagi membantu dalam urusan pemeriksaan sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.
Sistem ini juga berfungsi untuk mengumpul semua maklumat kredit peminjam daripada institusi kewangan peserta dan membekalkan semula maklumat tersebut kepada institusi kewangan peserta.
Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai perkhidmatan CCRIS serta kaedah semakan secara online.
Baca Juga : Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)
Pengenalan
CCRIS ialah singkatan bagi Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat, iaitu satu perkhidmatan yang dibangunkan oleh Bank Negara Malaysia.
Ia dimiliki serta diuruskan oleh BNM bagi memudahkan pengurusan risiko kredit di antara bank.
CCRIS memproses data yang diterima daripada institusi kewangan peserta dan merangkumkannya menjadi laporan kredit.
Laporan ini akan disediakan kepada institusi kewangan, peminjam (atas permintaan) serta agensi pelaporan kredit yang diluluskan (dengan persetujuan peminjam).
Peminjam juga boleh mengakses laporan kredit secara dalam talian menerusi eCCRIS secara Percuma.
Pengguna eCCRIS juga boleh membuat semakan CCRIS secara online pada bila-bila masa sahaja.
Siapa Yang Boleh Mengakses Laporan eCCRIS?
- Mana-mana peminjam individu atau syarikat untuk laporan kredit sendiri;
- Mana-mana peminjam individu untuk laporan kredit perniagaan sendiri, iaitu milikan tunggal, perkongsian atau badan profesional;
- Institusi kewangan, untuk sebarang permohonan kredit dan semasa menyemak kelayakan kredit pelanggan sedia ada; dan
- Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan oleh BNM dengan kebenaran daripada peminjam.
Di samping itu, Laporan CCRIS juga boleh dipohon bagi pihak:
- syarikat, badan perniagaan atau profesional, oleh individu yang diberi kuasa oleh entiti;
- peminjam yang telah meninggal dunia, oleh individu yang dilantik oleh Mahkamah.
Maklumat Semakan CCRIS Online
Pengguna yang melakukan semakan CCRIS online akan mendapat laporan kredit CCRIS yang mengandungi maklumat kredit peminjam seperti berikut :
i) Kredit Belum Berbayar
Semua kemudahan kredit yang diperoleh peminjam, yang masih belum berbayar, sama ada di bawah:
- nama sendiri;
- akaun bersama dengan peminjam lain;
- nama keempunyaan tunggal atau perkongsian yang peminjamnya merupakan pemilik perkongsian atau perniagaan tersebut;
- nama badan profesional yang peminjamnya merupakan anggota badan profesional tersebut; atau
- nama syarikat.
Kemudahan kredit yang telah dibayar sepenuhnya dikecualikan daripada laporan kredit.
ii) Akaun Di Bawah Pemerhatian Khas
Semua kemudahan kredit belum berbayar yang di bawah pengawasan rapi institusi kewangan peserta.
iii) Permohonan Kredit
Semua permohonan yang telah diluluskan kepada peminjam dalam tempoh 12 bulan sebelumnya dan permohonan peminjam yang masih dalam proses untuk diluluskan.
Cara Baca Laporan CCRIS
Berikut merupakan contoh laporan CCRIS. Setiap huruf serta nombor yang tertera mempunyai maksudnya tersendiri.
Berikut merupakan maksud bagi nombor-nombor yang terpapar dalam laporan :
0 – Tiada tunggakan
1 – Lewat 1 bulan
2 – Lewat 2 bulan
3 – Lewat 3 bulan
Anda juga perlu ketahui kod penting dalam laporan CCRIS iaitu :
- Kod 10 : Pinjaman hartanah
- Kod 00 : Pinjaman Peribadi
- Kod 00 : Kad kredit
- Kod 30 : Pinjaman kereta code 30
- Kod 23 : Pinjaman ASB loan
- Kod 90 : Pinjaman pajak gadai
[Kod 00 ] adalah clean loan, pinjaman tidak ada pajakan seperti hutang personal loan & Kad kredit.
[Kod 10] adalah pinjaman rumah kediaman, dalam laporan CCRIS & CTOS akan tulis pinjaman perumahan Kod 10
Jika anda tidak membayar lebih daripada 3 bulan, nama akan akan direkod dalam pemerhatian Akaun Pemerhatian Khas atau Special Attention Account (SAA).
Ini akan membuatkan anda sukar untuk mohon pinjaman bank atau mendapatkan kelulusan daripada pihak bank akibat rekod pembayaran dan skor CTOS yang tidak cantik.
Sekiranya si pemohon pinjaman mempunyai rekod pembayaran yang baik, maka lebih mudahlah bank untuk meluluskan permohonannya.
Namun, lain pula ceritanya bagi individu yang tidak pernah berhutang dan tidak mempunyai apa-apa rekod dalam CCRIS.
Jika seseorang tiada rekod dalam CCRIS, bank tidak tahu apakah seorang pembayar balik pinjaman yang berdisiplin atau sebaliknya.
Namun, kaedah semakan serta proses permohonan pembiayaan mungkin berbeza mengikut institusi kewangan.
CCRIS juga bukanlah satu sumber maklumat tunggal yang digunakan oleh institusi kewangan peserta bagi menilai kepercayaan kredit pemohon atau peminjam.
Sistem Informasi rujukan seperti CTOS (Credit Tip Off Service) juga memaparkan maklumat kewangan anda dengan melaporkan tunggakan hutang dengan pihak pemiutang (bukan dengan bank).
Contohnya;
i. Kedai perabot, barangan elektrik, atau apa-apa barangan bayaran ansuran (contoh : Courts, Singer)
ii. Kedai motor
iii. Bil dengan syarikat komunkasi
iv. Syarikat-syarikat lain di mana anda berhutang dengan bayar secara ansuran atau menjadi penjamin yang tertunggak bayarannya
Namun, harus diingat bahawa permohonan bagi CTOS perlu dibayar sementara CCRIS adalah percuma untuk digunakan.
Baca juga : Cara Semakan CTOS Report Online & Kredit Skor Untuk Pinjaman
Kaedah Semakan CCRIS Online
Warganegara Malaysia yang mempunyai akaun perbankan dalam talian dan belum mendaftar sebagai pengguna eCCRIS boleh melakukan sedemikian menerusi portal eCCRIS https://eccris.bnm.gov.my/
Bagi lain-lain individu dan entiti, daftar untuk akses eCCRIS dengan menghantar Borang Permohonan CCRIS/eCCRIS berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK.
Jika anda ingin mengakses laporan kredit anda dalam talian melalui eCCRIS, sila mendaftar sebagai pengguna eCCRIS dengan mengikuti langkah-langkah di bawah:
Langkah 1
Muat turun Borang Permohonan di bnm.my/ccrisform
Langkah 2
Lengkapkan Borang Permohonan dan sediakan semua dokumen termasuk:
- 1 salinan MyKad (depan dan belakang) atau
- 1 salinan Pasport (jika bukan warganegara Malaysia)
- 2 dokumen sokongan lain (contoh: lesen memandu, bil utiliti, penyata akaun bank, penyata kad kredit atau penyata KWSP)
Langkah 3
Hantar semua borang lengkap beserta semua dokumen melalui webform:
Akhir sekali boleh muat turun laporan CCRIS masing-masing.
Anda juga boleh ikuti panduan permohonan menerusi video di bawah :
Cara Semak CCRIS Secara Manual
Anda juga boleh melakukan semakan secara manual berdasarkan cara berikut :
i) Kios
Anda boleh memohon laporan kredit peribadi melalui Kios CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur, Pejabat BNM atau cawangan AKPK.
Kiosk CCRIS terdapat di premis Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) di seluruh negara.
Sila layari laman web dan media sosial AKPK untuk maklumat lokasi dan waktu operasi.
Sila bawa MyKad anda dan laporan kredit akan dicetak kepada anda pada masa itu juga.
ii) Agensi Pelaporan Kredit Yang Diluluskan
Anda juga boleh memohon laporan kredit peribadi CCRIS di BNMLINK Kuala Lumpur atau Pejabat BNM.
Agensi Pelaporan Kredit yang diluluskan:
- Credit Bureau Malaysia Sdn Bhd
- CTOS Data Systems Sdn Bhd
- Experian Information Services (Malaysia) Sdn Bhd
Agensi Pelaporan Kredit mungkin mengenakan bayaran untuk khidmat mereka.
Sila bawa Mykad beserta apa-apa dokumen sokongan lain yang boleh mengesahkan identiti anda seperti lesen memandu atau passport (sekiranya bukan rakyat Malaysia).
Laporan kredit akan diberikan kepada anda pada masa itu juga.
iii) Memohon melalui surat
Sekiranya anda memohon laporan kredit CCRIS menerusi surat, anda boleh memohonnya dengan melengkapi dan menghantar dokumen berikut :
- Borang Permohonan Laporan Kredit (Credit Report Request, CRR);
- Borang Pengisytiharan Pinjaman;
- Salinan MyKad anda yang jelas (depan dan belakang); dan
- Mana-mana dua dokumen berikut (dengan nama dan alamat anda jelas tertera pada setiap dokumen):
- Bil air;
- Bil elektrik;
- Bil telefon;
- Penyata akaun bank;
- Penyata kad kredit; atau
- Penyata KWSP.
Borang Permohonan Laporan Kredit dan Borang Pengisytiharan Pinjaman boleh didapati di laman web http://creditbureau.bnm.gov.my/ atau klik di sini untuk muat turun borang.
Sila pos, faks, atau e-mel borang yang telah dilengkapi berserta dokumen sokongan kepada BNMTELELINK, Bank Negara Malaysia di:
BNMTELELINK
LINK dan Pejabat BNM
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn,
P.O Box 10922,
50929 Kuala Lumpur
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut mengenai semakan CCRIS online, sila hubungi Pusat Hubungan BNMTELELINK di saluran berikut
- Talian 1-300-88-5465 atau 603-2174 1717 (luar negara), (Waktu operasi mulai 9:00 pagi – 5:00 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum.)
- E-mel: [email protected]
- https://www.bnm.gov.my/ccris
Anda juga boleh rujuk Soalan Lazim menerusi lampiran di bawah :