Cara Semakan CTOS Report Online & Kredit Skor Untuk Pinjaman

Selain bank negara (BNM), semakan CTOS secara online boleh dibuat bagi semakan CCRIS (Central Credit Reference Information System) kredit kewangan individu dan perniagaan dengan akses kepada maklumat penting dengan cepat dan selamat.

CTOS merupakan peneraju Agensi Pelaporan Kredit (CRA) di Malaysia di bawah bidang kuasa Akta Agensi Pelaporan Kredit 2010 yang ditubuhkan sejak 1990.

Semakan CTOS

Antara perkhidmatan yang paling kerap digunakan oleh individu atau syarikat yang mengunakan CTOS, adalah semakan bank negara (BNM), semakan ccris.

Selain itu juga CTOS menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan kepada individu dan perniagaan. Produk dan perkhidmatan ini termasuk:

  • Laporan kredit: Menyediakan laporan kredit kepada individu dan perniagaan. Laporan ini termasuk maklumat tentang sejarah kredit anda, hutang semasa anda, dan sebarang penghakiman atau kebankrapan tertunggak.
  • Markah kredit: Mengira skor kredit untuk individu dan perniagaan. Markah ini digunakan oleh pemberi pinjaman untuk menilai risiko anda sebagai peminjam.
  • Pemantauan kredit: Menawarkan perkhidmatan pemantauan kredit kepada individu dan perniagaan. Perkhidmatan ini memaklumkan anda tentang perubahan dalam laporan kredit anda, seperti akaun baharu, pembayaran lewat atau pertanyaan.
  • Pembaikan kredit: Perkhidmatan pembaikan kredit kepada individu. Perkhidmatan ini boleh membantu anda meningkatkan skor kredit anda dengan mempertikaikan maklumat yang tidak tepat atau lapuk pada laporan kredit anda.
semakan ctos secara online

Baca juga : Cara Kenalpasti Wang Kertas Palsu (Bank Negara Malaysia)

Cara Daftar Akaun CTOS Online

Syarat & Kelayan Pendaftaran Akaun

  • Warganegara Malaysia atau pemastautin tetap.
  • Berumur sekurang-kurangnya 18 tahun.
  • Mempunyai alamat e-mel dan nombor telefon bimbit yang sah.
  • Memberikan maklumat yang tepat dan terkini semasa mendaftar.

Untuk mendaftar akaun CTOS percuma, anda boleh mengikuti langkah berikut:

  1. Pergi ke laman web https://ctoscredit.com.my/ dan klik pada butang “Daftar”.
  2. Masukkan nombor kad pengenalan/pasport dan tarikh lahir anda.
  3. Cipta nama pengguna dan kata laluan.
  4. Masukkan alamat e-mel dan nombor telefon bimbit anda.
  5. Klik pada butang “Daftar”.

Anda akan menerima e-mel daripada CTOS dengan pautan untuk mengaktifkan akaun anda. Sebaik sahaja anda telah mengaktifkan akaun anda, anda boleh log masuk dan meminta laporan kredit dan skor percuma anda.

Baca juga : Pinjaman KWSP Bercagar – Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2)

CTOS Login

Selepas anda mendaftar akaun, anda boleh log masuk akaun CTOS anda dengan cara berikut ;

  • Layari laman pautan https://ctoscredit.com.my/ dan klik pada butang “Log Masuk”.
  • Masukkan nombor kad pengenalan/pasport dan kata laluan anda.
  • Klik pada butang “Log Masuk”.

Lupa Kata Laluan CTOS

Jika anda terlupa kata laluan, anda boleh klik pada “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan seterusnya.

Cara Semakan CTOS Bank Negara, CCRIS Online

Untuk semakan maklumat CTOS berkaitan Rekod CCRIS (BNM), anda perlu membuat pembelian Laporan Kredit & Skor melalui https://ctoscredit.com.my/

Anda juga digalakkan untuk membuat semakan melalui CTOS apps setiap 3 bulan atau 6 bulan sekali kerana :

1- Pastikan nama tidak ada disalah guna oleh orang lain.

2-Pastikan semua hutang bayar tepat masa, rekod tidak ada tunggakan hutang.

3- Guna detail dalam CTOS report buat kiraan DBR untuk diri sendiri,supaya selalu tahu berapa kelayakan pinjaman anda dengan bank.

4- Semak CTOS report untuk pastikan tidak ada tunggakan pinjaman dengan company Maxis, Celcom , Indah Water dan sebagainya.

Maklumat Yang Dipaparkan Dalam Laporan MyCTOS Score

Laporan MyCTOS adalah komprehensif, memperincikan pengesahan identiti, pendedahan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan.

Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat muflis. Akhir sekali, laporan itu juga mengandungi komen subjek (jika berkenaan).

semakan ctos bank  negara

Antara data dan maklumat yang akan diberikan dan dipaparkan dalam laporan MyCTOS Score adalah seperti ;

  • Maklumat Peribadi (JPN)
  • Maklumat Pengarah & Perdagangan (SSM)
  • Litigasi & Kebankrapan
  • Rujukan Perdagangan (eTR)
  • 2 laporan MyCTOS Basic percuma setiap tahun
  • CTOS Score
  • Rekod CCRIS (BNM)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda berminat untuk membuat semakan CTOS secara online untuk laporan BNM , CCRIS atau maklumat lanjut berkaitan, anda boleh hubungi ;

Waktu operasi CTOS seluruh Malaysia adalah dari Isnin hingga Jumaat, pukul 8 pagi hingga 7 petang, Sabtu dan Ahad 9 pagi hingga 5 petang, tidak termasuk cuti am.

Soalan Lazim F.A.Q

Darimanakah CTOS mendapatkan maklumat peribadi dan kewangan individu /perniagaan?

Maklumat data-data ini dikumpulkan daripada pelbagai sumber umum termasuklah:
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
Pendaftar Pertubuhan
Penerbitan prosiding undang-undang dan notis di akhbar dan warta kerajaan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Jabatan Insolvensi Malaysia
Sumbangan rekod litigasi daripada Pelanggan

Saya diberitahu selepas semakan CTOS, blacklist nama saya?

CTOS tidak menyenarai hitamkan mana-mana individu atau syarikat. CTOS hanya memberi maklumat kredit kepada pelanggannya.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!