Borang Permohonan Permit Bazar Ramadhan MBSA 2022

Permohonan Permit bazar Ramadhan MBSA 2022 telah di buka bermula 17 Januari 2022 sehingga 16 Febuari 2022. Sebanyak 33 lokasi di sediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Sha Alam pada tahun ini.

MBSA hanya menerima permohonan bazar Ramadan secara dalam talian untuk pengeluaran permit bazar tahun ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad, berkata orang ramai boleh membuat permohonan mulai 17 Januari sehingga 16 Februari 2022 melalui laman sesawang eBazar MBSA  “Orang ramai perlu mengisi borang permohonan secara dalam talian dan memuat naik salinan dokumen diperlukan dengan lengkap sebelum proses pendaftaran dilaksanakan.

Untuk makluman seluruh umat islam di jangka akan mula menyambut bulan Ramadhan pada 3 April 2022 (ahad) bersamaan 1 Ramadhan 1443 (Hijrah)

Kepada usahawan dan peniaga yang berminat untuk membuka gerai jualan pada bulan Ramadhan, di pelawa untuk membuat permohonan ini.

Permit Bazar Ramadhan MBSA 2022

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menerima sebanyak 694 permohonan lot bazar Ramadan daripada peniaga setakat ini.

Tarikh permohonan

17 Januari 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 16 Febuari 2022

Proses kelulusan

Kelulusan akan boleh di semak mulai 17 Febuari – 2 Mac 2022

Pembayaran

Semua permohonan yang mendapat permit kelulusan, perlu membuat bayaran permit pada 3 Mac – 9 Mac 2022

Cara memohon

Borang permohonan permit dboleh di isi secara atas online menerusi

pautan berikut : https://bazar.mbsa.gov.my.

Taklimat dan penyerahan permit

Semua peserta yang mendapat permit kelulusan, di kehendaki untuk hadir taklimat yang akan di adakan pada 21 – 24 Mac 2022. Bertempat di  di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam

Baca juga : Permohonan Penangguhan Bayaran Balik Pembiayaan TEKUN

Lokasi tapak Bazar MBSA 2022

33 Lokasi tapak bazar disediakan oleh pihak MBSA tahun ini. Antaranya di Seksyen 6, 7, 8, 16,17, 18,19, 20, 24, 25, 27, 28, 31,33, 35, U2, U3, U5, U8, U10, U13, U19 dan U20

Kadar bayaran permit lot bazar

  • Jualan makanan dan minuman dalam balang bayaran RM207.
  • Makanan (bergoreng) RM237
  • air kelapa / tebu rm237
  • dan jualan berbakar RM237,
  • Ayam golek pada kadar RM297.

Makluman

Semakan iSekat (tunggakan sewa, cukai,lesen dan kompaun) boleh dibuat secara atas talian sistem EPS MBSA atau melalui Kaunter Jabatan Perlesenan Tingkat G, Wisma MBSA

Maklumat lanjut

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan berkenaan Permohonan Permit Bazar Ramadan MBSA 2022, boleh menghubungi Jabatan Pelesenan di talian ;

03-55105133 sambungan 1700/1762/1486/1699/1317/1366,.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!