MYAirline : Status Terkini & Platform Aduan Untuk Pengguna

Pada 12 Oktober 2023, MYAirline telah mengumumkan penggantungan operasi secara serta merta akibat masalah kewangan.

Perkara tersebut telah diumumkan melalui semua platform media sosial MYAirline pada awal pagi hari tersebut.

Dalam notis yang dikongsikan, pelanggan yang sudah menempah tiket penerbangan dinasihati supaya tidak ke lapangan dan perlu mencari alternatif lain untuk sampai ke destinasi masing-masing.

Pada 12 Oktober 2023, MYAirline telah mengumumkan penggantungan operasi secara serta merta akibat masalah kewangan.

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) berkata mereka sedang menyiasat syarikat penerbangan berkos rendah itu berikutan aduan dan ulasan dalam yang diterima.

Antara isu yang mendapat perhatian MAVCOM adalah mengenai status pembayaran berkanun syarikat penerbangan itu yang belum dibayar kepada pekerjanya.

Cara Kemukakan Aduan Untuk Pengguna Myairline Yang Terjejas

Susulan pengumuman penggantungan operasi ini, MAVCOM telah menggesa para pengguna yang terjejas untuk menghubungi MY Airline atau Suruhanjaya dengan kadar segera.

Suruhanjaya tersebut juga telah menyediakan talian dan saluran khusus untuk membantu para pengguna yang terkesan akibat penggantungan secara mendadak ini.

MAVCOM turut menggesa para pengguna yang terjejas dan telah menempah tiket penerbangan MY Airline bagi tarikh penerbangan dari 12 Oktober 2023 dan selanjutnya untuk menghubungi saluran aduan khas syarikat penerbangan tersebut iaitu [email protected] bagi mendapatkan bantuan serta pertanyaan mengenai tempahan mereka.

Berikut merupakan saluran-saluran aduan khusus MAVCOM juga tersedia untuk membantu para pengguna yang terjejas :

  • Hotline pengguna: +1800-18-6966 (dalam Malaysia) atau +603-7651 2777 (luar negara)
  • E-mel : [email protected]
  • Borang aduan FlySmart: https://flysmart.my/buat-aduan/
  • Aplikasi mudah alih FlySmart boleh dimuat turun daripada Google Play store dan Apple App store bagi pengguna Android and iOS.

Latarbelakang Ringkas

MYAirline ditubuhkan sejak Januari 2021 dengan modal sebesar RM 2 juta.

Pada Disember 2021, MAVCOM telah meluluskan pengeluaran Kelulusan Bersyarat (CA) bagi ASL kepada Z9 Elite Sdn Bhd yang kini dikenali sebagai MYAirline untuk tempoh setahun iaitu sehingga 31 Disember 2022.

Kemudian, syarikat penerbangan tambang rena itu telah menerima Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dengan permit sah mulai 1 Oktober sehingga 30 September 2023.

Untuk makluman, pemegang saham bagi syarikat ini adalah Zillion Wealth yang memegang 88% kepetingan ekuiti, Trillion Cove Holdings Bhd (10%) dan Kheng Hock (2%).

Pada 17 November 2022, media melaporkan bahawa syarikat penerbangan ini telah mendapat lesen perkhidmatan udara (ASL) daripada MAVCOM. Ini membolehkan syarikat MY Airline untuk beroperasi sebagai syarikat penerbangan penuh di Malaysia.

Setakat 7 November 2022, media melaporkan armada MYAirline terdiri daripada empat Airbus A320 yang dipajak daripada beberapa pemajak.

Ketika itu, difahamkan MYAirline menyasarkan untuk memajak lebih 50 pesawat dalam tempoh lima tahun akan datang.

Buat masa ini, ia tidak bercadang untuk memajak Boeing B737 MAX atau Airbus A330. Syarikat penerbangan baharu itu mahu menggunakan hanya satu jenis pesawat (Airbus A320) dan satu konfigurasi (180 kerusi).

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut dan perkembangan terkini mengenai MYAirline,  sila layari pautan https://www.myairline.my/ dan ikuti laman media sosial MyAirline di pautan berikut :

Baca Juga : Cara Beli Tiket Bas di TBS Online (TBS-BTS)

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!