Cara Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Untuk Bayaran Bulan Disember Ini
Cara Mohon Rebat Bil Elektrik TNB 100% Untuk Bayaran Bulan Disember Ini ~ Berita baik untuk anda! Sukacita dimaklumkan, Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberikan rebat 100 peratus secara one off bagi bil elektrik bulan Disember 2021.
Potongan ini adalah untuk membantu meringankan beban lebih 72,000 pelanggan domestik yang terjejas akibat banjir
Rebat Bil Elektrik TNB 100%, Bantu Mangsa Banjir
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memberi rebat 100 peratus secara ‘one-off’ bagi bil elektrik bulan ini kepada mangsa banjir yang terjejas.
Selain itu, TNB juga menerajui inisiatif pemeriksaan pendawaian secara percuma bagi kediaman B40 yang teruk dilanda banjir bagi meringankan beban mereka serta untuk mempercepatkan usaha penyambungan bekalan elektrik secara selamat.
Inisiatif ini melibatkan 72,000 pelanggan domestik dan tidak membabitkan kilang.
Perkara ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri dalam sidang media di Masjid Al-Muttaqin.
“Kita tahu rumah lama terendam dalam air dan berbahaya jadi TNB sudah membuat pemeriksaan dan melakukan pendawaian percuma di Selangor, Pahang dan Kuala Lumpur,” tambahnya lagi.
Cara Semakan & Permohonan
Perincian cara semakan dan cara membuat permohonan buat masa ini masih dalam proses untuk diperincikan oleh pihak Tenaga Nasional Berhad.
Segala maklumat akan dikemaskini semula.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Untuk mengetahui maklumat lanjut, anda boleh mendapatkan makluman terkini dengan mengikuti perkembangan dari masa ke semasa di website Tenaga Nasional Berhad dan laman sosial rasmi Facebook TNB Careline.
- Laman web rasmi TNB : http://www.tnb.com.my/
- Facebook TNB Careline : https://www.facebook.com/TNBCareline/
Manakala untuk sebarang pertanyaan, sila majukan butiran berikut ke Private Message TNB Careline Facebook untuk tindakan selanjutnya dan sertakan maklumat seperti dibawah:
- Nama anda
- Alamat lengkap termasuk poskod
- Nombor telefon pertama
- Nombor telefon kedua