Permohonan Bantuan Fakir Miskin Negeri Sembilan MAINS

Para asnaf fakir dan miskin di Negeri Sembilan yang memerlukan bantuan kewangan boleh memohon menerusi Bantuan Fakir Miskin di bawah Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS).

Untuk makluman, MAINS telah ditubuhkan pada tahun 1949 yang berfungsi menasihati DYMM Tuanku Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus selaku Ketua Agama dalam semua perkara berkenaan dengan agama Islam di Negeri Sembilan.

Selian itu, antara peranan penting MAINS ialah mengendalikan urusan baitulmal, zakat, dan khairat di Negeri Sembilan.

Oleh itu, Bantuan Fakir Miskin ini adalah sebahagian daripada usaha MAINS dalam membantu asnaf fakir dan miskin yang memerlukan di Negeri Sembilan.

Asnaf Yang Terlibat

Asnaf yang terlibat dan layak untuk memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  • Fakir
  • Miskin

Syarat Umum

Para asnaf yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syarat-syarat kelayakan iaitu:

  1. Permohonan mestilah dibuat atas nama Ketua Keluarga.
  2. Pemohon mestilah bermastautin di Negeri Sembilan tidak kurang setahun.
  3. Pendapatan pemohon mestilah tidak melepasi had kifayah
  4. Permohonan mestilah mendapat pengesahan jawatankuasa masjid tempat tinggal pemohon untuk permohonan.

Cara Memohon

Untuk memohon Bantuan Fakir Miskin ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://mains.gov.my/v1/.
  2. Di bahagian ‘Muat Turun Borang/Jadual,’ klik bahagian Bantuan Fakir Miskin.
  3. Muat turun borang permohonan seperti gambar di bawah dan isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan beserta dokumen ke alamat berikut:

    Menara MAINS,
    Jalan Taman Bunga,
    70100 Seremban,
    Negeri Sembilan Darul Khusus.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen berikut perlu dihantar bersama borang permohonan iaitu:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon dan pasangan (suami/isteri).
  2. Salinan Sijil Kelahiran/Kad Pengenalan tanggungan pemohon.
  3. Salinan Sijil Nikah/Surat Cerai/Sijil Kematian (jika berkenaan).
  4. Salinan Bil Air dan Elektrik tempat tinggal pemohon yang terkini.
  5. Salinan Buku Akaun/ Penyata Akaun Bank yang terkini (milik pemohon).
  6. Salinan KWSP/Buku Tabung Haji/ASB yang terkini.
  7. Salinan Slip Gaji terkini/Pengesahan Pendapatan (sekiranya bekerja sendiri).

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Fakir Miskin, sila hubungi pihak MAINS ditalian 06-7620642/43/45.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!