Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 | Senarai Bantuan

Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 | Senarai Bantuan ~ Dalam sebuah sidang media Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022,  Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg telah mengumumkan untuk meneruskan inisiatif Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0. 

Insentif ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membantu meringankan beban rakyat yang terjejas akibat pandemik Covid-19. 

Senarai Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0

Ini merupakan berita baik khususnya buat rakyat Sarawak. Insentif & Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 8.0 ini akan diteruskan bagi tahun 2022 merangkumi pelbagai jenis bantuan seperti berikut:

Bantuan Khas Sarawakku Sayang

1. Bantuan Kewangan 6 Bulan

Kerajaan akan menyediakan peruntukan sebanyak RM285.47 juta dana untuk memberi bantuan kewangan selama enam bulan sepanjang tahun 2022 bagi keluarga yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan.

2. Diskaun Bil Elektrik & Bil Air

Selain itu, pakej bantuan ini juga merangkumi diskaun bil elektrik dengan peruntukan dana sebanyak RM166.8 juta. Diskaun bil elektrik ini dijangka akan memberi manfaat kepada lebih kurang 647,000 isi rumah.

Manakala, bagi diskaun bil air pula, sebanyak RM24 juta dana diperuntukkan untuk memberi manfaat kepada 646,131 isi rumah.

3. Diskaun Penyewa Rumah, Pasar & Gerai

Diskaun 50 peratus kepada 3,200 penyewa rumah Perbadanan Pembangunan Perumahan juga turut diberikan.

Kerajaan juga akan bercadang untuk memansuhkan sewa bagi pengusaha PKS yang menyewa premis milik syarikat berkaitan kerajaan negeri dan memberi diskaun 50 peratus untuk sewa pasar dan gerai milik pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan peruntukan RM1.7 juta.

4. Insentif RM500 Pengusaha Perahu, Teksi, Bas & Van Berlesen

Pengusaha perahu tambang yang berdaftar dengan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS), pengusaha van berlesen, pemandu teksi, bas sekolah dan operator van juga akan menerima insentif sebanyak RM500 (one-off).

5. Geran Peniaga / Penjaja RM1,000

Geran sekali bayar (RM1,000) akan turut diberikan kepada 87,500 penjaja melalui Sarawak Pay dengan peruntukan RM87.5 juta turut disediakan. 

6. Lain-lain Bantuan

Antara pakej-pakej bantuan yang akan turut dilaksanakan pada tahun 2022 ialah:

  • Housing Deposit Assistance Scheme; menyediakan bantuan tunai untuk deposit rumah sehingga RM 10,000 kepada golongan B40 dan M40 (diuruskan oleh MUTIARA).
  • Peruntukkan dana untuk membantu persatuan-persatuan yang berkaitan Heritage, Arts dan Culture.
  • Bantuan Khas untuk penjawat awam dan RM500 kepada penjawat awam persekutuan bagi tahun 2021.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi Kerajaan Negeri Sarawak pada pautan berikut: https://service.sarawak.gov.my/

ATAU

Rujuk FAQ Bantuan Khas Sarawakku Sayang 7.0: https://srms.sarawak.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!