Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM 2021 Yayasan Veteren ATM

Berita baik untuk anak-anak Veteran ATM, satu Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM telah dibuka permohonan.

Tarikh tutup permohonan pada 1 Oktober 2022

Yayasan Veteran ATM ditubuh berdasarkan matlamat utamanya iaitu memantapkan program-program kebajikan yang sedang dijalankan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM melalui sumber kewangan dari sumbangan orang ramai termasuk sektor korporat dan pelaburan Yayasan.

Apa Itu Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM

Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM

Bantuan ini adalah untuk membantu veteren ATM untuk meringan sedikit beban kos perbenlanjaan pendidikan anak-anak mereka melanjutkan pelajaran selain sebagai memberi penghargaan kepada anak-anak veteran ATM yang telah menunjukan pertasi cemerlang dalam pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia.

Insentif ini terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022)

Syarat-Syarat Permohonan

  1. Borang ini adalah terbuka untuk anak-anak Veteran ATM yang menduduki SPM 2021 (Peperiksaan dijalankan pada 2 Mac 2022 hingga 29 Mac 2022).
  2. Tuntutan insentif ini hanya kepada calon yang mendapat keputusan SPM 2021 yang diumumkan pada 16 Jun 2022.
  3. Keputusan SPM sekurang-kurangnya 6A- dan ke atas.
  4. Pemohon hanya layak memohon sekali sahaja.
  5. Keutamaan insentif adalah kepada pemohon yang memperolehi keputusan paling cemerlang.
  6. Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Oktober 2022.

Cara Permohonan Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM

Pemohon insentif ini boleh dibuat secara online dengan mengisi borang permohonan seperti langkah-langkah yang berikut:

  1. Klik pautan borang permohonan online berikut https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfj7kqvSmH0NhAMkCzhKdEFkrxIrfy-vJhizf-j1AihGO1Q5Q/viewform?fbclid=IwAR1QIsPHVT86F_NWhtMARrxkfsl4GSppzKuupaZQpeMZrZQw81VkPmjkg2Q.
  2. Isi dan lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan tersebut.
  3. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan.

Permohonan ini hanya boleh dilakukan SEKALI sahaja.

Pastikan maklumat yang di berikan betul dan lengkap bagi melancarkan urusan kelulusan dan pembayaran.

Dokumen Sokongan

  • Bagi Anak Jagaan Sah (Anak angkat / Anak tiri)
  • Surat Akuan Berkanun / Sijil Anak Angkat Bagi Anak Angkat di Bawah Jagaan Yang Sah
  • Sijil Nikah Bagi Permohonan jika Pelajar SPM / Anak Veteran ATM adalah Anak Tiri
  • ijil Kelahiran Bagi Permohonan Untuk Pelajar SPM / Anak Veteran ATM adalah Anak Tiri
  • Muat naik salinan MyKAD / MyKID PELAJAR SPM / ANAK SPM
  • Muat naik sijil KEPUTUSAN SPM / TRANSKRIP SPM* 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Insentif Kecemerlangan Pendidikan SPM Yayasan Veteran ATM, anda boleh hubungi Yayasan Veteran ATM melalui ;


Pejabat: 03-20508192.
Whatsapp: +6013-9300736.
Email: yayasanveteranatm.2004@admin

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!