Permohonan Sekolah Khusus 2024 Tingkatan 1 & 4
Terkini permohonan Sekolah Khusus 2024 Tingkatan 1 & Tingkatan 4 (PKSK) telah dibuka. Cara permohonan. Semakan status, syarat kemasukan dan lain-lain info seperti maklumat di bawah.
Permohonan kemasukan ke Sekolah Khusus bagi sesi 2024 / 2025 dibuka mulai 01 Ogos 2023 hingga 17 September 2023.
Maksud Sekolah Khusus
Susulan pengumuman YB Menteri Kanan Pendidikan mengenai pembatalan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP),
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA),
- Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV) dan
- Maktab Tentera Diraja (MTD).
Mesyuarat Pasca Kabinet Kementerian Pendidikan bertarikh 22 Mei 2020 telah memutuskan bahawa:
- Satu sistem permohonan kemasukan murid ke Sekolah Khusus dibangunkan secara single entry point
- b) Satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat digunakan untuk kemasukan murid ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat di Sekolah Khusus
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK.
APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
Apakah Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2022 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Cara Permohonan Sekolah Khusus 2024(PKSK)
Permohonan perlu di buat pada ;
- Tarikh permohonan: 01 Ogos 2023
- Tarikh tutup permohonan: 17 September 2023
Ambil tindakan berikut. Kemaskini maklumat APDM dengan menghubungi pihak sekolah. Dapatkan maklumat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) daripada pihak sekolah
Pemohon boleh membuat pilihan jenis Sekolah Khusus (SBP/SMKA/SMT/KV/MTD), jenis aliran atau
pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan ketika mengisi permohonan secara online.
Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 1 2024
- Permohonan online boleh dibuat melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tahun 6 Tahun 2022
- Berumur 12 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2010 – 1 Januari 2011
Permohonan Sekolah Khusus Tingkatan 4 2024
- Permohonan online tingkatan empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my
Syarat Permohonan
- Warganegara Malaysia
- Mendaftar dalam sistem APDM KPM
- Murid Tingkatan 3 2023
- Berumur 15 tahun atau
- Lahir pada 2 Januari 2008 – 1 Januari 2009
Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
Selepas permohonan telah dibuat, pelajar akan menjalani penilaian melalui kaedah pentaksiran di pusat PKSK yang akan dimaklumkan kelak.
Perkara |
Bahagian A Kecerdasan Insaniah |
Bahagian B Kecerdasan Intelek |
Bahagian C Artikulasi Esei |
---|---|---|---|
Kaedah |
Online |
Online |
Bertulis |
Tempoh pentaksiran |
90 Minit |
90 Minit |
Tingkatan 1 ;45 minit (minimum 100patah perkataan) |
Tempoh pentaksiran |
90 Minit |
90 Minit |
Tingkatan 4 :45 minit (minimum 250 patah perkataan) |
Jenis pentaksiran | EQ, SQ, SSQ |
IQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian Masalah |
Tajuk ditetapkan |
Bilangan item |
30 |
70 |
3 (Pilih 1) |
Wajaran skor |
20% |
70% |
10% |
Untuk rujukan anda juga boleh baca contoh soalan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus
Jadual Sesi Pentaksiran 2024
Sesi |
Pendaftaran Calon |
Bahaigan C : Artikulasi Penulisan Esei |
Bahagian ptg A & B : Soalan Pelbagai Jawapan |
---|---|---|---|
Sesi 1 |
7:30 -8:00 |
8:15 -9:00 |
9:15 – 10:45 |
Sesi 2 |
9:30 -10:00 |
10:15 – 11:00 |
11:15 – 12:45 |
Sesi 3 |
13:30 -14:00 |
14:15 -15:00 |
15:15 -16:45 |
Persediaan Pemohon Semasa Pentaksiran
- Mematuhi PKSK, Tarikh , Masa & Sesi PKSK
- Berpakaian sekolah seragam lengkap sepanjang PKSK
- Permohon juga perlu membawa ;
- MyKid Slip / MyKad
- Slip Menduduki PKSK
- Alat Tulis
- Sihat
- Tidak Bergejala
- Memakai Pelitup Muka
- Mengamalkan Penjarakan Fizikal
Semakan Pusat Pentaksiran
Semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh dibuat pada tarikh yang bakal diumumkan nanti iaitu;
Tarikh Semakan Pusat PKSK
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 4 : 25 September – 13 Oktober 2023.
- Semakan Pusat Pentaksiran Tingkatan 1 : 25 September – 27 Oktober 2023.
Tarikh Mula dan Akhir Ujian PKSK 2024
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 4 & 1 SVM : 02 – 13 Oktober 2023.
- Pelaksanaan PKSK Tingkatan 1 : 16 – 27 Oktober 2023.
Semakan Keputusan Tawaran Permohonan Sekolah Khusus
Semakan tawaran kemasukan dijangka akan dikeluarkan sekitar 24 Mac 2024 – 10 April 2024
Cara Semakan Tawaran / Keputusan
Pautan semakan adalah seperti berikut:
- Tingkatan 1 : https://spskt1.moe.gov.my/
- Tingkatan 4 : https://spskt4.moe.gov.my/
Tarikh Pendaftaran Permohonan Sekolah Khusus 2024
- Pendaftaran dijangka pada bulan April 2024
- Pendaftaran bagi murid baharu Tingkatan 4 ke MTD akan dimaklumkan melalui laman sesawang http://www.rmc-education.edu.my
Tarikh Rayuan Sekolah Khusus
Bagi calon yang tidak berjaya, anda boleh membuat permohonan rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan. Anda boleh rujuk permohonan rayuan ke sekolah khusus
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) https://www.moe.gov.my/ atau hubungi nombor berikut :
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH BERASRAMA PENUH
- Tel : 03-83217400
- Fax : 0383217401 / 0383217403
BAHAIGAN PENDIDIKAN DAN LATIHAN TEKNIKAL VOKASIONAL
- Tel : 03-88845154
- Fax : 03-888845047
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM
- Tel : 0383217200
- Fax : 0383217337
MAKTAB TENTERA DIRAJA
Unit Pengambilan dan Promosi
Jabatan Pendidikan Tentera
- Tel : 03 -89465562 / 5565
Soalan Lazim F.A.Q
Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)?
PKSK adalah satu kaedah pentaksiran standard secara berpusat bagi kemasukan murid ke Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 ke Sekolah Khusus bagi tahun 2021 secara dalam talian yang menggunakan kaedah single entry point.
Apakah yang dimaksudkan dengan Sekolah Khusus (SK)?
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).
Apa yang dimaksudkan dengan single entry point ?
Single entry point bermaksud satu sistem permohonan yang menggunakan platform berpusat secara dalam talian bagi kemasukan ke sekolah khusus menggunakan padanan Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Bagaimanakah untuk saya mengetahui saya layak memohon dan menduduki PKSK?
Semua murid yang didaftarkan di dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) Kementerian Pendidikan Malaysia layak untuk memohon dan menduduki PKSK. APDM ialah satu sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid secara online untuk menyimpan segala maklumat berkenaan murid.
Adakah PKSK menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3)
PKSK tidak menggantikan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) atau Penilaian Tingkatan 3 (PT3) . Ia hanya merupakan satu kaedah untuk menilai penguasaan murid secara keseluruhan dan tidak hanya memberi tumpuan kepada prestasi akademik semata-mata.
Apakah komponen PKSK dan bagaimana ianya dibahagikan?
PKSK terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
- Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
- Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
- Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
Bagaimanakah PKSK dilaksanakan?
PKSK akan dilaksanakan dalam 3 sesi. Setiap sesi terbahagi kepada 2 fasa. Dalam fasa 1 calon dikehendaki menjawab Bahagian C iaitu penulisan esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 berdasarkan tajuk yang diberikan dalam masa 45 minit. Seterusnya dalam fasa 2 calon perlu menjawab soalan Bahagian A dan B secara dalam talian dalam masa 90 minit bagi Tingkatan 1 dan Tingkatan 4. Calon hanya perlu menduduki satu sesi PKSK sahaja mengikut tarikh, tempat dan masa yang telah ditetapkan.
Bagaimana cara untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon hanya perlu memasukkan nombor mykid/mykad sendiri beserta nombor mykad penjaga utama untuk mengakses sistem.
Apakah yang dimaksudkan dengan Penjaga Utama?
Penjaga utama ialah penjaga yang didaftarkan di dalam sistem Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM).
Apakah laman sesawang untuk mengakses sistem permohonan PKSK?
Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
- https://spskt1.moe.gov.my bagi Tingkatan 1
- dan https://spskt4.moe.gov.my bagi tingkatan 4
Sekiranya maklumat peribadi yang dipaparkan di dalam sistem berbeza daripada maklumat asal, apakah tindakan yang perlu saya lakukan?
Pemohon perlu merujuk kepada pihak sekolah bagi mengemaskini maklumat diri dalam APDM melalui sekolah masing-masing.
Selain daripada permohonan secara dalam talian (online), adakah pemohon juga boleh membuat permohonan secara offline (secara manual)?
Tidak. Pemohon hanya boleh memohon secara dalam talian (online).
Adakah murid yang memohon secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK masih berpeluang untuk ditawarkan ke Sekolah Khusus?
Murid yang telah membuat permohonan secara dalam talian tetapi tidak menduduki PKSK tidak akan dipertimbangkan untuk kemasukan ke mana mana Sekolah Khusus.
Adakah murid masih boleh memohon selepas tarikh tutup permohonan dalam talian?
Tidak. Permohonan hanya diambil kira dalam tempoh waktu permohonan yang telah ditetapkan sahaja.
Bilakah keputusan PKSK akan diumumkan?
Keputusan PKSK tidak akan diumumkan.
Benarkah seorang calon hanya ditawarkan satu tempat sahaja di mana mana sekolah khusus? Benar, hanya satu tempat sahaja akan ditawarkan bagi setiap calon.
Bolehkah PKSK dilaksanakan di rumah masing-masing?
Tidak boleh. PKSK hanya boleh dilaksanakan di pusat-pusat PKSK yang telah ditetapkan.
Bolehkah calon menukar pusat PKSK sekiranya pusat yang ditetapkan itu terletak jauh dari rumah?
Calon tidak dibenarkan untuk menukar Pusat PKSK kerana pusat yang ditetapkan untuk menduduki PKSK adalah berdasarkan pilihan calon.
Adakah calon dikenakan bayaran untuk menduduki PKSK?
Tidak, tiada sebarang bayaran dikenakan bagi tujuan tersebut.
Jika saya bergejala Covid-19 bolehkah saya menduduki PKSK?
Calon yang bergejala tidak boleh menduduki PKSK selaras dengan arahan KKM.
Jarak rumah saya dengan pusat PKSK terlalu jauh, apa yang perlu saya lakukan?
Anda perlu berhubung dengan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) untuk tindakan selanjutnya