Cara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / ‘Walk-In’

Cara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Melalui MySejahtera / ‘Walk-In’ ~ Menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), agihan dos penggalak (booster) vaksin telah dimulakan. 

Ini juga merupakan satu berita baik kepada sesiapa yang merancang untuk menunaikan umrah, anda kini boleh memohon untuk menerima dos penggalak (booster dose) menerusi aplikasi MySejahtera atau secara walk-in.

Sebelum menerima suntikan dos penggalak, pastikan anda;

  • Tidur dan makan secukupnya
  • Sihat dan tiada gejala
  • Pakai pakaian yang sesuai
  • Pakai pelitup muka
  • Bawa kad pengenalan atau dokumen diri
  • Bawa kad vaksinasi sebagai bukti anda telah mendapat dos lengkap**

Vaksin Dos Penggalak (Booster)

Vaksin dos penggalak

Keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan. Oleh sebab itu, pemberian dos penggalak dilaksanakan. Pemberian dos penggalak adalah strategi perlindungan yang penting terutamanya dengan pembukaan sektor ekonomi & sosial.

Dos penggalak adalah untuk membantu anda meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan COVID-19. Sekiranya anda menerima janji temu, pastikan anda hadir untuk mendapatkan dos penggalak anda.

Lebih 900,000 dos penggalak telah diberikan setakat ini dengan kerjasama pengamal perubatan swasta yang berdaftar dengan @protecthealthco. 

Cara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Tujuan Umrah 

Vaksin dos penggalak

Terdapat satu ciri baharu dalam aplikasi MySejahtera yang dibina khusus untuk kegunaan individu yang bakal mengerjakan ibadat umrah. Ciri baharu ini adalah untuk memudahkan mereka yang berkenaan untuk mengambil dos penggalak (booster) vaksin Covid-19. 

Berikut ialah cara-cara mendaftar vaksin dos penggalak melalui MySejahtera untuk tujuan umrah; 

1. Pergi ke ‘Helpdesk’ di aplikasi MySejahtera anda. 

2. Klik ‘Mula’.

3. Kemudian, pilih Janji Temu Vaksinasi Penggalak (PILIH: A)

4. Seterusnya, (PILIH: G) dan isi butiran lanjut seperti nombor kad pengenalan atau pasport dan muat naik dokumen yang diperlukan iaitu dokumen pengesahan umrah.

5. Selesai. 

Anda boleh klik pautan ini sekiranya perlukan cara-cara pendaftaran berbentuk video: https://twitter.com/JKJAVMY/status/1460458795025403907

Cara Mendaftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Secara ‘Walk-In’

Vaksin dos penggalak

Bermula 22 November 2021, KKM juga memaklumkan bahawa individu yang layak untuk menerima suntikan dos penggalak (Booster Shot) juga boleh melakukan pendaftaran secara ‘walk-in’.

Kriteria untuk pendaftaran secara ‘walk in’ adalah:

  • Individu yang layak pemberian dos penggalak
  • Individu yang ingin mendapatkan suntikan secara lebih awal sebelum janji temu
  • Individu yang masih belum menerima suntikan dos pertama atau kedua vaksin COVID-19
  • Individu yang terlepas janji temu vaksin
  • Remaja berusia antara 12-17 tahun yang belum melengkapkan vaksinasi

Manakala, keutamaan pemberian dos penggalak adalah kepada:

  1. Petugas barisan hadapan kesihatan, keselamatan dan pertahanan;
  2. Individu berusia 40 tahun dan ke atas;
  3. Individu berusia 18 tahun dan ke atas dengan komorbiditi;
  4. Penghuni dan petugas di Pusat Jagaan Kesihatan Jangka Panjang;
  5. Keperluan ke luar negara
  6. Ibu mengandung

Senarai PPV Yang Menyediakan Perkhidmatan ‘Walk-In’

Untuk mengetahui senarai PPV yang menyediakan perkhidmatan ‘walk in’, sila rujuk senarai tersebut melalui www.protecthealth.com.my bermula 22 November 2021.

Selain pendaftaran secara walk-in ke PPV fasiliti kesihatan swasta, pendaftaran juga boleh dilakukan melalui telefon dan emel.

(Rujuk Kenyataan Rasmi KKM di bawah)

Vaksin dos penggalak
Vaksin dos penggalak
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!