Cara Daftar PICKids : Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5-12 Tahun
Cara Daftar PICKIDS : Vaksin Covid-19 Untuk Kanak-Kanak 5-12 Tahun ~ Bagi menggalakkan imuniti berkelompok (herd immunity) di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan bakal memulakan Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak 5 hingga 12 tahun.
Program ini bakal dimulakan pada Februari 2022.
Sistem Tempahan Janji temu Vaksinasi PICKids
Untuk makluman, sistem temu janji pemberian vaksinasi kanak-kanak melalui MySejahtera akan dibuka pada akhir bulan Januari 2022.
Pemberian vaksin bagi kanak-kanak golongan ini akan dimulakan di kawasan Lembah Klang terlebih dahulu.
Adakah Vaksin Covid-19 Selamat Untuk Kanak-Kanak ?
Setakat ini, kanak-kanak kategori ini akan diberikan dos pediatrik vaksin Pfizer-BonNtech/ Corminaty.
Ia telah diluluskan dan dibuktikan selamat dan berkesan bagi membendung penularan wabak Covid-19 serta mengurangkan simptom Covid-19.
Bagi ibu bapa yang masih sangsi akan kesan vaksin kepada anak-anak, sila rujuk pada infografik yang dikongsikan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti di bawah :
Cara Daftar PICKIDS
Ibu bapa boleh ikuti panduan di bawah untuk pendaftaran vaksinasi kanak-kanak melalui MySejahtera.
- Pergi ke aplikasi MySejahtera dan klik pada Add Vaccine Dependent
- Lengkapkan borang dan pastikan butiran betul sebelum dihantar. Ibu bapa juga boleh tambahkan lebih dari satu dependent bergantung kepada jumlah anak.
- Sahkan pendaftaran dan jawab beberapa soalan.
- Pastikan dependent (anak-anak) didaftarkan pada satu akaun MySejahtera sahaja.
Tiada Sekatan Bagi Kanak-Kanak Yang Tidak Divaksin
Berdasarkan perkongsian dari Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kerajaan tidak akan mengenakan sekatan kepada kanak-kanak berusia antara 5 hingga 12 tahun yang tidak mengambil vaksin Covid-19.
Berbanding golongan dewasa, Program Imunisasi Covid-19 bagi kanak-kanak (PICKids) adalah tidak wajib.
Namun, ibu bapa adalah sangat digalakkan untuk daftar anak masing-masing untuk dapatkan vaksin ini melalui aplikasi MySejahtera bagi melindungi mereka dari wabak Covid-19.
KKM turut mensasarkan 70% kanak-kanak 5 hingga 12 dalam sistem pendidikan dapat diberikan satu dos vaksin Pfizer dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pelancaran program vaksin iaitu pada awal Februari 2022 dan 80% akan menerima dos lengkap dalam tempoh enam bulan.
Semoga pemberian vaksin kepada kanak-kanak dapat meningkatkan lagi imuniti berkelompok bagi negara kita untuk membendung vaksin Covid-19 dengan lebih berkesan.