MyTax Hasil LHDN – Cara Daftar & Login e-filing 2023
Sudahkah anda layari MyTax Hasil dan login e filing bagi tahun 2023? Bagi mereka yang membayar cukai, tarikh akhir pengemukaan Borang BE Tahun Taksiran 2022 adalah 30 April 2023.
Tambahan masa diberikan sehingga 15 Mei 2023 bagi e-Filing Borang BE (Borang e-BE) Tahun Taksiran 2022
Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.
Portal MyTax Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)
MyTax Hasil merupakan portal yang dikendalikan oleh Lembaga Hasil dalam Negeri sebagai akses utama kepada perkhidmatan ezHASiL.
Melalui portal MyTax pembayar cukai dapat dilaksanakan dengan lebih mudah dan tanpa perlu menunggu giliran dan hadir ke cawangan LHDNM.
Selain itu melalui MyTax juga anda boleh ;
- Melihat jumlah sumbangan cukai bagi tempoh tiga tahun taksiran yang terkini termasuk semakan maklumat sekatan perjalanan
- Rekod SPC
- Senarai ansuran CP500
- Semakan baki cukai terkini, sama ada terdapat tunggakan cukai atau lebihan kredit
- Tarikh lebihan kredit tahun sebelum dibayar balik kepada kita
- Senarai PCB yang dipotong pihak majikan melalui gaji kita (hanya untuk semakan tahun semasa dibenarkan)
- Ringkasan lejar cukai pendapatan untuk 10 tahun terkini
- Perincian lejer cukai pendapatan untuk tempoh 5 tahun terkini
Tanggungjawab pembayar cukai
Melaporkan pendapatan tahunan dan mengira cukai pendapatan dalam borang nyata individu
Tarikh akhir penghantaran borang
- 30 April setiap tahun -individu yang memperolehi pendapatan selain punca perniagaa
- 30 Jun setiap tahun – individu yang memperolehi pendapatan perniagaan
Bayaran
Dijelaskan sebelum atau pada tarikh akhir penghantaran borang nyata
Semakan
- Potongan cukai bulanan (PCB) yang telah dipotong oleh majikan melalui e-lejar (mytax)
- amaun pcb yang betul dan sepatutnya setiap bulan melalui kalkulator pcb
Kategori Pengguna e-filing
*Pengguna mesti merupakan pembayar cukai yang berdaftar dengan LHDNM
- Pembayar cukai baharu (pertama kali guna e-filing) perlu daftar sijil digital untuk akses ke MyTax dan mengemukakan e-filing
- Tempoh sah Sijil Digital adalah tiga tahun sahaja dan pembayar cukai perlu memperbaharui sijil digital dengan klik setuju pada mesej yang dipaparkan pada MyTax
- Pengguna telah guna e-filing dan Sijil Digital telah tamat tempoh ( 3 tahun) perlu dapatkan Sijil Digital yang baru melalui sistem terus login e-Borang
Apa Kaitan MyTax & e-Filing?
MyTax merupakan pusat gerbang maklumat dan pusat sehenti bagi pembayar cukai ke perkhidmatan yang disediakan oleh LHDNM seperti e-Filing, ByrHasil, e-Daftar dan lain-lain
Manakala e-filing pula adalah satu kaedah menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan secara elektronik melalui Internet.
Bagi membolehkan anda mengunakan kemudahan dan akses kepada e-filing, anda terlebih dahulu perlulah mendaftar melalui MyTax
Cara Daftar MyTax
Bagi yang pertama kali membayar cukai, anda perlu mendaftar bersama LHDN terlebih dahulu untuk mendapatkan nombor cukai pengguna.
Selepas anda mempunyai nombor cukai pengguna, barulah anda boleh mendaftar MyTax.
Bagi anda yang telah berdaftar sebagai pembayar cukai dengan pihak LHDNM dan sudah mempunyai nombor cukai pengguna, berikut cara untuk anda daftar MyTax ;
- Langkah 1 : Layari website https://mytax.hasil.gov.my/
- Langkah 2 : Pilih menu e-Daftar
- Langkah 3 : Isikan maklumat yang di minta seperti Jenis Pembayar Cukai
- Langkah 4 : Klik pada nombor rujukan, dan masukan nombor rujukan
- Langkah 5 : Sila masukkan e-mel dan nombor telefon atau nombor telefon bimbit yang berdaftar dengan LHDNM untuk memaparkan Nombor Pengenalan Cukai (TIN) anda.
- Langkah 6 : Masukan Frasa Keselamatan
- Langkah 7 : Klik butang ‘Cari’
Satu paparan notifikasi berupa nombor cukai pengguna akan dipaparkan sebagai berdaftar atau tidak. Jika ya, pengguna boleh mula log masuk, manakala jika tidak, pengguna perlu mendaftar bersama LHDN terlebih dahulu.
Login e-filing Kali Pertama
Setelah anda berjaya mendaftardi portal MyTax, anda perlu mendapatkan sijil digital terlebih dahulu untuk tujuan login e-filing kali pertama.
Bagi tujuan mendapatkan sijil digital ini, ada dua kaedah yang anda boleh lakukan. Pertama melalui website mytax.hasil.gov.my dan juga melalui aplikasi MyTax smartphone.
- e-CP550 – permohonan di web
- e-KYC – pengecaman identiti wajah di mobile
Setelah anda mempunyai sijil digital, anda perlu aktifkan sijil digital dan daftar sijil digital anda dengan nombor pin yang diberikan dan sahkan maklumat asas.
MyTax Login
Bagi yang terlupa boleh rujuk gambar rajah di bawah ;
MyTax Hasil LHDN e-Filing Login
Login menggunakn nombor kad pengenalan
Klik Menu pada sudut atas sebelah kanan
Seterusnya pilih EZHASIL SERVICES
Pilih E-FILING
Masukkan Pilih Tahun Taksiran 2022
Kredit Fb : Azri Johan
Kelebihan e-Filing
- Jaminan keselamatan data
- Capaian pada bila masa sahaja
- Mempercerpatkan proses bayaran balik
- Lebih mudah dan cepat dirusus
- Pengesahan penerimaan borang nyata
- Pengiraan cukai tepat
- Tiada kehilangan borang
Bagi yang mempunyai kesulitan untuk login akaun MyTax Hasil dan perlu hadir ke cawangan LHDNM, berikut kami senaraikan lokasi-lokasi cawangan lembaga hasil dalam negeri seluruh negeri
Senarai Lokasi LHDNM mengikut negeri
- Kuala Lumpur
- Selangor
- Putrajaya
- Perak
- Pulau Pinang
- Pahang
- Terengganu
- Negeri Sembilan
- Melaka
- Kelantan
- Kedah
- Johor
- Perlis
- Sabah
- Sarawak
- Labuan