7 Tips Jimat Aircond Supaya Bil Bulanan Tak Melambung Tinggi

Saban hari, makin ramai yang memilih untuk pasang aircond di rumah. Ini disebabkan oleh cuaca panas yang melanda negara.

Oleh kerana bahang yang terasa dalam rumah jugalah yang menyebabkan ahli keluarga sering tidak selesa lebih-lebih lagi ketika matahari terik atau tidur pada waktu malam.

Namun jika kita selalu memasang aircond juga tidak boleh kerana ia boleh menyebabkan bil elektrik melambung tinggi setiap bulan. Jadi apakah caranya untuk menggunakan aircond supaya lebih jimat?

Jom kita lihat beberapa tips jimat aircond yang anda boleh cuba di kediaman anda.

tips jimat aircond

7 Tips Jimat Aircond Yang Anda Perlu Tahu

1. Beli Aircond Dengan Horsepower (HP) Yang Sesuai Dengan Saiz Bilik

Tujuan menggunakan aircond dengan HP yang mencukupi adalah supaya pergerakan compressor dapat dikurangkan. Ini adalah disebabkan oleh makin banyak compressor bergerak, makin tinggi tenaga elektrik yang digunakan.

Jadi, sekiranya kita dapat mengurangkan pergerakan compressor, maka kita pasti dapat jimatkan lagi penggunaan elektrik.

Antara kaedah pengiraan yang ramai orang gunakan adalah (luas kawasan bilik X 60) / 9000.

Jadi, untuk bilik bersaiz 12’ X 10’, kiraannya adalah seperti berikut :

(12’X10’ X 60) / 9000 = 0.8 HP. Untuk itu, aircond yang paling sesuai untuk ruang ini adalah 1HP, manakala yang paling baik adalah 1.5HP. Namun, jangan pula anda beli aircond dengan 2.0HP kerana sudah terlebih power pula.  

2. Gunakan Aircond Dengan Teknologi Inverter

Jangan berkira untuk ganti aircond lama anda dengan aircond baru yang dilengkapi dengan teknologi inverter! Inverter berfungsi untuk menstabilkan penggunaan motor atau compressor aircond anda. Jadi, bila compressor makin stabil, bil elektrik juga makin terkawal.

Satu tips lagi, inverter pula hanya akan berfungsi sepenuhnya selepas suatu tempoh yang panjang dan kebiasaannya selepas 4 jam. Jadi, anda tak perlu terlalu risau untuk gunakan aircond pada tempoh yang lama.

3. Jangan Selalu Buka dan Tutup Penyaman Udara

Ramai yang mempraktikkan kaedah ini terutamanya ketika tidur. Mereka akan tutup aircond bila sudah sejuk dan akan membukanya semula apabila panas.

Jika cara ini sering dipraktikkan, ia boleh mengakibatkan penggunaan elektrik yang terlalu banyak.

4. Pasangkan Tetapan Suhu Yang Betul pada Aircond

Ini adalah antara tips jimat aircond yang ramai terlepas pandang. Ada yang menganggap meletakkan aircond pada tetapan suhu yang tinggi boleh menjimatkan elektrik. Kemudian, mereka akan membiarkan aircond tersebut terpasang hingga ke pagi.

Namun, kaedah sebegini tak dapat membantu anda untuk jimatkan bil elektrik. Cuba anda pasangkan tetapan suhu yang kami sarankan ini.

Caranya ialah dengan membuka penyaman idara pada suhu terendah contohnya pada 16 °C dan kipas yang paling kuat misalnya pada tahap 4 dan biarkan bilik tersebut berada dalam tetapan yang sama dalam 30 hingga 45 minit.

Kemudian, barulah anda tetapkannya pada suhu 25 atau 26°C dan kelajuan kipas pula boleh diturunkan pada tahap 2.

Cara ini dilihat sesuai untuk jimatkan penggunaan elektrik kerana penyaman udara paling banyak menggunakan elektrik ketika ia dibuka kerana ketika itu compressor mula bergerak dan lama-kelamaan penggunaan tenaga sudah boleh dikurangkan.

tips jimat aircond

5. Pilih Aircond Dengan Rating Energy Efficiency Tinggi

Energy Efficiency Rate atau EER berfungsi untuk menentukan kadar penggunaan tenaga bagi sesebuah perkakas elektronik.

Semakin tinggi nilai EER, semakin kurang kadar penggunaan eletrik bagi peralatan tersebut. Sebaiknya, pilihlah perkakas dengan 3 bintang dan ke atas untuk jimatkan penggunaan bil elektrik.

6. Pastikan Penapis Sentiasa Bersih

Bilakah kali terakhir anda menukar penapis? Sekiranya penapis atau filter kotor, ia boleh mengurangkan kecekapan fungsi penyaman udara.

Apabila terlalu banyak habuk terkumpul di penapis, ia boleh menyekat dan melambatkan aliran udara dan menjadikan unit anda bekerja lebih keras dan menggunakan lebih banyak tenaga. Akibatnya, bil elektrik anda akan meningkat!

Jadi, adalah penting untuk anda memastikan penapis udara selalu bersih.

7. Jangan Lupa Selenggara Penyaman Udara 6 ke 9 Bulan Sekali

Bercakap tentang penapis, jangan biarkan aircond anda tidak disentuh berbulan-bulan tanpa penyelenggaraan atau service!

Tanpa penyelenggaraan berkala, ia tidak akan keluarkan angin yang sejuk. Ini akan membuatkan anda asyik menukar tetapan suhu pada aircond. Padahal, mungkin puncanya berbeza seperti penapis yang kotor akibat habuk atau kurang gas.

Tambahan pula, service secara berkala ini penting agar aircond anda tidak cepat rosak.

tips jimat aircond

Begitulah beberapa tips jimat aircond yang anda boleh praktikkan untuk jimatkan lagi penggunaan elektrik di kediaman anda.

Selain menggunakan tetapan yang bersesuaian, anda juga perlu rajin menyelenggara aircond dan memilih aircond dengan inverter dan EEC yang baik.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!