Permohonan Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) JKM RM300

Bagi Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya untuk bekerja, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan bantuan bagi golongan ini menerusi Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB).

Untuk makluman, terdapat beberapa bantuan OKU yang disediakan oleh pihak kerajaan melalui JKM antaranya ialah Bantuan BTB.

Menerusi bantuan ini, OKU yang layak akan menerima bantuan BTB secara bulanan sebanyak RM300.

Tujuan bantuan BTB diberikan kepada OKU yang layak adalah seperti:

  • Membantu OKU yang tidak berupaya bekerja.
  • Mengggalakkan OKU terus tinggal bersama keluarga.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang perlu dipenuhi oleh OKU yang ingin memohon bantuan BTB adalah seperti berikut:

  1. Pemohon ialah warganegara dan bermastautin di Malaysia.
  2. Pemohon berumur 16 tahun dan ke atas.
  3. Pemohon ialah pemegang Kad OKU JKM.
  4. Pemohon mestilah tidak berupaya bekerja.
  5. Pemohon bukan penghuni atau pelatih:
    – Institusi kendalian JKM; atau
    – Pusat jagaan harian/ berkediaman yang menyediakan perkhidmatan/ kemudahan secara percuma; atau
    – Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK).
  6. Sumber kewangan bulanan individu OKU tidak melebihi kadar Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin PerKapita semasa; atau
  7. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga.

Cara Memohon

Pemohon yang ingin memohon bantuan BTB boleh mengikuti langkah-langkah berikut:

1. Muat turun borang-borang berikut:
– JKM 18 Borang Permohonan Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JPOKU/BORANG%20PERMOHONAN%20JKM%2018.pdf
– JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/JKM%2020%20BORANG%20KAJI%20SEMULA%20BANTUAN(2).pdf
– Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019: https://www.jkm.gov.my/jkm/uploads/files/BORANG%20PERMOHONAN%20PENDAFTARAN%20OKU%20PINDAAN%202019.pdf
2. Borang-borang tersebut perlu diisi dengan lengkap dan betul.
3. Bawa borang-borang tersebut beserta dokumen sokongan ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian yang berhampiran.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama ke pejabat JKM adalah seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan diri pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama.
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama.
  4. Salinan penyata gaji (jika ada).
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Soalan Lazim

Berapakah jumlah yang layak diterima oleh OKU yang memohon bantuan BTB?

OKU yang layak menerima bantuan BTB akan menerima bantuan RM300 sebulan.

Jika saya sebagai seorang OKU namun tidak mempunyai Kad OKU JKM, adalah saya layak memohon?

Tidak. Pemohon perlu mendapatkan Kad OKU JKM yang boleh dipohon melalui mana-mana pejabat cawangan JKM.

Jika saya merupakan penghuni Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), adakah saya boleh memohon bantuan BTB?

Tidak. Penghuni PDK tidak layak untuk memohon bantuan BTB daripada JKM.

Saya seorang OKU berumur 17 tahun dan tidak berupaya untuk bekerja. Adakah saya layak memohon BTB?

Layak. OKU berumur 16 tahun ke atas layak memohon bantuan BTB.

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai bantuan BTB, sila hubungi pihak JKM di talian 03-8000 8000.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!