FUH » Bantuan » Bantuan Pendidikan MUIS 2022 : Yuran Pendaftaran Awal IPTA & Tiket Penerbangan

Bantuan Pendidikan MUIS 2022 : Yuran Pendaftaran Awal IPTA & Tiket Penerbangan

bantuan pendidikan muis 2022

Sukacita di maklumkan bantuan pendidikan MUIS 2022 telah dibuka. Bagi anak Sabah yang akan melanjutkan melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT) dalam negara pada tahun semasa.

Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) telah membuka permohonan bagi Bantuan Pendidikan MUIS yang merangkumi yuran pendaftaran awal dan tiket penerbangan sehala.

Untuk makluman, MUIS ialah sebuah badan berkanun yang ditubuhkan pada Tahun 1971 di bawah Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak Negeri Sabah dan pindaan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (EPUI’ 92). Di bawah seksyen 32 EPUI’92 dan Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah Tahun 2004.

Antara objektif penubuhan MUIS adalah untuk mengurus dan membangunkan institusi baitulmal, zakat dan harta wakaf.

Bantuan ini (Yuran Pendaftaran Awal IPTA & Tiket Penerbangan) diutamakan kepada golongan fakir, miskin, mualaf dan juga para asnaf fisabilillah seperti para pelajar untuk menyambung pengajian mereka.

Apakah Bantuan Pendidikan MUIS 2022

bantuan pendidikan muis 2022 sabah

Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah menyediakan Skim bantuan pendidikan khusus untuk Penduduk asal Negeri Sabah.

Di bawah skim bantuan pendidikan terdapat 5 jenis bantuan yang boleh dipohon iaitu ;

  • Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA
  • Bantuan Tiket Penerbangan IPTA
  • Dermasiswa (Awal)
  • Dermasiswa (Lanjutan)
  • Dermasiswa (Tiket Akhir)

**Bantuan pendidikan yang boleh dimohon buat masa sekarang, Bantuan Yuran Pendaftaran Awal IPTA dan Bantuan Tiket Penerbangan IPTA

Peringkat Pengajian

Untuk pelajar yang ingin memohon bantuan pendidikan ini, berikut senarai peringkat pengajian yang layak untuk memohon bantuan ini :

  • Sijil
  • Asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Syarat Umum

Syarat umum bagi pelajar yang ingin memohon bantuan ini adalah seperti berikut:

  1. Penduduk asal Negeri Sabah.
  2. Warganegara Malaysia/permastautin tetap
  3. Tidak mendapat sebarang bantuan atau mendapat bantuan tetapi tidak mencukupi.

Cara Memohon

Permohonan bantuan ini boleh dibuat menerusi langkah berikut:

  1. Layari laman web https://appszakat.sabah.gov.my/index.php.
  2. Klik pada bahagian Log Masuk.
  3. Klik bahagian ‘Daftar Sekarang.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan klik butang ‘Pengesahan.’
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
  7. Buat pendaftaran sehingga tamat.
  8. Hantar dokumen yang diperlukan ke alamat email [email protected]

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Pendidikan MUIS 2022, sila hubungi 088-279 206/179.

Baca juga ;


Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top