Permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 bagi Keluarga B40

Permohonan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022 bagi Keluarga B40 ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2022 kini sudah dibuka.

Bantuan ini merupakan inisiatif oleh kerajaan bagi mengurangkan beban yang ditanggung oleh ibu bapa dan penjaga yang tergolong dalam kategori B40.

Bantuan ini menyasarkan kepada pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM 3,000 dan ke bawah.

Syarat Kelayakan Bantuan Awal Persekolahan

Pelajar yang ingin memohon bantuan perlulah memenuhi kelayakan seperti berikut :

  1. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
  2. Terbuka untuk pelajar Tahun 1 hingga Tingkatan 5.
  3. Berasal dari keluarga dengan isi rumah berpendapatan bulanan kasar sebanyak RM 3,000 ke bawah pada tahun semasa.
  4. (Pendapatan kasar mengambil kira gaji pokok serta elaun tetap sahaja)
  5. Permohonan dibuka kepada pelajar yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa) sahaja.
bantuan awal persekolahan (BAP)

Jumlah Bayaran

Setiap pelajar yang layak akan menerima BAP secara one-off sebanyak RM 150.

Kaedah Penyaluran

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daedah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK.

Cara Mohon Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022

Kelayakan permohonan akan ditentukan oleh pihak sekolah.

Ibu bapa dan penjaga yang layak perlu mengisi borang permohonan iaitu borang PB-1 dan borang PB-2 (jika perlu).

Kemudian, hantarkan borang yang diisi lengkap bersama dengan dokumen-dokumen sokongan kepada pihak sekolah.

Borang Permohonan Bagi Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2022

Anda boleh muat turun Borang Permohonan (PB-1) di pautan ini.

Borang Permohonan PB-1

ibu bapa yang tiada slip gaji atau bekerja sendiri boleh muat turun borang PB-2 untuk pengesahan pendapatan.

Borang PB-2

Nota : Borang PB-2 perlulah mendapat pengesahan dan cop rasmi daripada ketua kampung atau mana-mana pegawai.

Dokumen Yang Diperlukan

Berikut merupakan dokumen yang diperlukan untuk memohon bantuan ini :

  1. Borang PB-1
  2. Borang PB-2 (bagi ibu bapa / penjaga yang tiada penyata pendapatan)
  3. Salinan sijil kelahiran pelajar
  4. Salinan Kad Pengenalan Ibu Bapa /Penjaga
  5. Salinan slip gaji/penyata pendapatan/Borang Pengesahan Pendapatan Borang PB-2
  6. Salinan Kad OKU (jika berkenaan)
  7. Sijil kematian ibu/bapa (jika berkenaan)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila layari laman portal Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan ini :

Bantuan Awal Persekolahan (BAP)2022

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!