Tawaran Biasiswa Yayasan Pahang Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) 2022

Tawaran permohonan Biasiswa Yayasan Pahang kategori Biasiswa Sekolah Menengah 2022 (BSM) telah dibuka. Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kini menawarkan Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) untuk pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 tahun 2022.

 

Skim Pembiayaan Biasiswa Yayasan Pahang diwujudkan bertujuan untuk memberi pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak  tetapi tidak berkemampuan untuk mengikuti pengajian Sekolah Rendah dan Menengah serta di  Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan Swasta . Skim ini membuka lebih banyak peluang kepada golongan pelajar yang  tidak berkemampuan untuk mendapatkan pendidikan

 

Apakah Biasiswa Yayasan Pahang – Sekolah Menengah (BSM)

biasiswa sekolah menengah yayasan pahang

Biasiswa ini diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

 

Baca juga : Biasiswa Yayasan UMP Sarjana Penyelidikan, Kerja Kursus & Mod Campuran Tahun 2022 Kini Dibuka

Keutamaan diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Walau bagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

 

Mulai tahun 2012, kadar baharu BSM telah dinaikkan daripada RM500 setahun kepada RM600 setahun bagi murid tingkatan 1 hingga 5 dan bagi murid tingkatan 6 kadar BSM adalah kekal RM 600 setahun. Bayaran dibuat dua kali setahun pada setiap bulan Januari dan bulan Mei pada tahun semasa.

 

Jumlah Kadar Tajaan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)

  • Kadar biasiswa bagi bagi Tingkatan 1  dan tingkatan 4 adalah RM600 setahun.

 

Syarat Kelayakan

Kriteria kelayakan BSM adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6.  Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7.   Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, atau tingkatan 4 tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  10. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun pada tahun semasa.

 

Cara Mohon

  • Borang permohonan hanya boleh didapati di sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
  • Permohonan boleh dibuat melalui 12 Mei sehingga 15 Jun 2022

 

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Yayasan Pahang – Biasiswa Sekolah Menengah (BSM), anda boleh dilayari di laman web YP www.yp.org.my. atau hubungi talian 09-518 1800

 

Soalan lazim yang biasa di tanya mengenai BSM

 

Siapakah yang layak memohon Biasiswa Sekolah Menengah (BSM)?

  • Murid-murid yang berada di Tingkatan 1, 4
  • Sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan / Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).

 

Bagaimanakah permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) boleh dibuat?

Permohonan Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)  pada tahun semasa.

 

Berapakah kadar tajaan Biasiswa Sekolah Menengah?

Bagi Tingkatan 1 dan 4 adalah RM600 setahun.

 

Bilakah Tarikh Permohonan?

Permohonan boleh dibuat mulai 12 Mei sehingga 15 Jun 2022

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!