Bantuan Dermasiswa UTM Holdings Untuk Pelajar Tahun Akhir

Berita baik, permohonan Dermasiswa UTM Holdings dibuka untuk permohonan oleh pelajar tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa Universiti Teknologi Malaysia

Program ini adalah sumbangan dana yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengarah UTM Holdings Sdn Bhd (UTMH) untuk diberikan kepada pelajar-pelajar cemerlang UTM yang memerlukan.

Pelajar tahun akhir UTM golongan B40 yang memerluan bantuan kewangan untuk mengurangkan beban pengajian, boleh memohon bantuan dermasiswa UTM Holding sebelum tarikh tutup permohonan pada 13 September 2022 (Selasa) jam 5.00 petang

UTM Holding

UTM Holdings Sdn Bhd ialah anak syarikat milik penuh Universiti Teknologi Malaysia dan memainkan peranan sokongan utama dalam mengkomersialkan hasil penyelidikan Universiti yang berkaitan. Ditubuhkan pada 13 Julai 2010, UTM Holdings menyediakan jambatan antara akademik dan industri dan menyokong pengkomersilan inovasi yang dihasilkan daripada penyelidikan terkemuka dunia di Universiti

dengan:

  • Menawarkan nasihat dan sokongan kepada penyelidik;
  • Menyediakan perniagaan dan pelabur akses kepada harta intelek Universiti;
  • Menyokong pembangunan teknologi;
  • Pelesenan IP;
  • dan mewujudkan syarikat spin-out yang mengekalkan hubungan rapat dengan kepakaran Universiti.

UTMH juga berusaha untuk menambah nilai kepada aset pelanggan kami melalui pengalaman dan kepakaran kami dalam pengurusan hartanah bertajuk strata, pengurusan pajakan dan perakaunan, pengurusan penyewaan dan perundingan pengurusan hartanah. UTMH menyediakan penyelesaian pengurusan hartanah yang komprehensif dan bersepadu pada pelbagai jenis hartanah termasuk: Pusat beli-belah, bangunan pejabat, bangunan perindustrian dan pembangunan bercampur guna

Faedah Dermasiswa UTM Holdings Kepada Penerima

dermasiswa utm holdings 2022

Penerima yang bakal menerima dermasiswa ini akan menerima faedah-faedah seperti berikut:

  • Dianugerahkan dengan satu sijil kecemerlangan yang mengiktiraf pencapaian akademik pelajar.
  • Pemberian wang tunai sebanyak RM5,000 seorang bagi memastikan pengajian pelajar dapat diteruskan tanpa masalah kewangan.
  • Peluang kerja amali “internship” dengan UTM Holdings (jika diperlukan).

Syarat Permohonan

Syarat permohonan untuk memohon dermasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Berada di Tahun akhir program Ijazah Sarjana Muda sepenuh masa UTM pada Sesi 2022/2023.
  2. Memperoleh PNGK 3.5 ke atas.
  3. Warganegara Malaysia.
  4. Kategori B40.
  5. Tidak menerima apa-apa biasiswa/pinjaman.

Cara Permohonan

Pelajar yang berminat untuk memohon dermasiswa ini, boleh mengikuti cara permohonan seperti berikut:

  1. Layari pautan permohonan berikut https://forms.gle/C3QpJ6gbntJpcyCM6.
  2. Isi maklumat permohonan tersebut.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Klik butang “Submit” untuk menghantar permohonan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut mengenai Dermasiswa UTM Holdings, sila hubungi Hotline Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) di talian 011-55599651 atau 07-5530680 atau emel ke [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!