Permohonan BSM: Biasiswa Tingkatan 6 Rendah RM600 Yayasan Pahang

Pelajar tingkatan 6 rendah di negeri Pahang kini boleh memohon biasiswa menerusi Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) Tingkatan 6 Rendah daripada Yayasan Pahang.

BSM ialah biasiswa ini telah diperkenalkan sejak tahun 1983 dan diberikan kepada murid anak Pahang yang belajar di tingkatan 1 hingga 6 yang bersekolah di sekolah bantuan kerajaan di Negeri Pahang.

Keutamaan BSM adalah diberikan kepada anak Pahang yang mempunyai ramai adik beradik/tanggungan anak yang masih bersekolah, anak yatim atau berasal daripada keluarga miskin atau ibu bapa/penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Namun, mulai tahun 2003, sebahagian peruntukan BSM ini juga turut ditawarkan kepada murid-murid cemerlang akademik dan kokurikulum.

Oleh itu, pelajar yang ingin memohon BSM Tingkatan 6 Rendah boleh membuat permohonan mulai 16 Ogos hingga 17 September 2021.

Kadar Biasiswa

Kadar BSM Tingkatan 6 rendah yang akan diterima pelajar yang layak adalah sebanyak RM 600 setahun.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pelajar yang ingin memohon BSM Tingkatan 6 Rendah ini adalah seperti berikut:

  1. Pelajar adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga pelajar ialah warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mereka mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Pemohon mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan/Sekolah Menengah Kebangsaaan Agama/ Sekolah Menengah Agama dalam Negeri Pahang Darul Makmur dan diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang.
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat Adun pada tahun semasa.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan BSM Tingkatan 6 Rendah, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Pelajar perlu membuat permohonan melalui Guru Biasiswa atau pejabat ADUN.
  2. Isi borang permohonan yang diberikan dengan lengkap dan betul.
  3. Hantar semula borang tersebut kepada Guru Biasiswa dan pejabat ADUN yang berkaitan.
  4. Guru Biasiswa dan pejabat ADUN perlu menghantar borang yang lengkap ke Yayasan Pahang.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 09-518 1800 atau melayari laman web http://www.yp.org.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!