Wang Pendahuluan PTPTN : Cara Semak & Kaedah Menunaikan

Bagi membantu serta meringankan kebajikan serta kewangan para pelajar yang akan melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA), Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menawarkan bantuan wang pendahuluan pinjaman atau WPP.

WPP yang berjumlah RM 1,500 akan diberikan kepada pelajar yang berkelayakan demi menampung sebahagian perbelanjaan bagi persiapan awal memasuki IPTA. Secara tidak langsung, ini juga dapat meringankan beban para ibu bapa dalam membiayai kos kemasukan anak-kanak ke universiti awam.

Bagi kemasukan pelajar bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda di IPTA, PTPTN telah menyediakan peruntukan sebanyak RM 64.42 juta kepada serama 42,946 pelajar.

Para pelajar perlulah ingat bahawa wang pendahuluan PTPTN ini bukanlah percuma. Sebaliknya, pihak PTPTN akan melakukan pemotongan sebanyak RM 500 bagi setiap semestar selama tiga (3) semester berturut-turut secara automatik.

Sebelum memohon, anda dinasihatkan supaya hanya memanfaatkan kemudahan ini sekiranya betul-betul terdesak sahaja.

Cara Semakan Wang Pendahuluan PTPTN Secara Online

Untuk makluman, permohonan WPP boleh dilakukan ketika proses mengisi UPUONline.

Para pelajar boleh membuat semakan tawaran WPP secara atas talian di laman rasmi https://www.ptptn.gov.my/semakanwpp/

Syarat-Syarat, Cara Permohonan dan Kaedah Menunaikan WPP

Wang Pendahuluan PTPTN diberikan kepada para pelajar warganegara Malaysia yang :

  1. Telah membuat persetujuan menerima WPP
  2. Ibu/bapa-pejaga/pelajar adalah penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
  3. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja.
  4. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP.

Para pelajar boleh melakukan permohonan pinjaman PTPTN secara atas talian menerusi portal rasmi PTPTN mengikut tarikh permohonan yang ditetapkan bagi setiap IPTA. Ini bagi memastikan proses pinjaman berjalan lancar dan mendapat kelulusan sewajarnya.

Pelajar yang berhasrat untuk memohon PTPTN juga perlu mempunyai akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Sekiranya pelajar layak, WPP boleh ditunaikan di mana-mana kaunter Bank Islam dengan mengemukakan beberapa dokumen seperti berikut :

  • Surat tawaran WPP yang boleh dicetak secara online di portal rasmi PTPTN
  • MyKad pelajar (wakil tidak dibenarkan)

Sila ambil maklum bahawa wakil TIDAK DIBENARKAN untuk tunaikan WPP.

Tempoh Sahlaku

WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh diluluskan bermula 18 Julai 2023.

Untuk makluman, tempoh sahlaku WPP adalah selama 2 bulan bermula 18 Julai hingga 18 September 2023.

Untuk keterangan lanjut mengenai Wang Pendahuluan PTPTN, sila rujuk kenyataan rasmi daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional (PTPTN) di bawah :

Wang Pendahuluan PTPTN
Wang Pendahuluan PTPTN

Soalan Lazim Wang Pendahuluan PTPTN (WPP)

1. Apakah itu Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP)?

Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT.

2. Apakah syarat-syarat WPP?

Syarat-syarat WPP adalah:
1. Pelajar telah membuat persetujuan menerima WPP;
2. Pelajar adalah Warganegara Malaysia;
I3. bu bapa/ Penjaga/ Pelajar adalah Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR);
4. Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda Sepenuh Masa di IPTA dan Politeknik sahaja;
5. Pelajar tidak mempunyai hutang WPP

3. Bagaimanakah kaedah permohonan mendapatkan WPP?

Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.

4. Bagaimanakah kaedah semakan status permohonan WPP?

Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my). Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.

5. Bagaimanakah kaedah penunaian WPP?

WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
i) Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN (www.ptptn.gov.my);
ii) MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)

6. Bilakah tempoh penunaian WPP?


WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
1. Tarikh Surat Tawaran WPP: 27 Ogos 2019.
2. Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.

7. Adakah terdapat sebarang rayuan mendapatkan WPP jika penjaga dan pelajar bukan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima STR sahaja.

8. Adakah WPP diberi secara percuma?


Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.

9. Apakah situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP?


Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:
1. Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.
2. Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.

Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran

10. Apakah dokumen yang perlu disertakan sekiranya pelajar kehilangan MyKad?


Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

11. Adakah WPP boleh ditunaikan sekiranya surat tawaran yang dicetak tidak lengkap dengan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran?


Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.

12. Sekiranya cap jari pelajar gagal diimbas, adakah WPP tersebut boleh tunaikan?


Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT

13. Adakah WPP boleh dipindahkan ke akaun simpanan Bank Islam pelajar?


Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.

Sumber : PTPTN

Baca Juga : Bantuan Tiket Kapal Terbang Laluan Domestik Bagi Pelajar IPT

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!