Semakan Keputusan Penempatan Guru One Off DG41 2022

Semakan keputusan penempatan guru one off baharu 2022 boleh diketahui mulai hari ini 15 Julai 2022 jam 03:00 petang.

Calon-calon yang telah lulus temu duga lantikan tetap sebagai Pegawai Perkhidmatan Pelajaran (PPP) Gred DG41, anda kini boleh membuat semakan penempatan yang diumumkan oleh KPM bermula hari ini!

Keputusan penempatan ini melibatkan sebanyak 2,611 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) DG41 lantikan secara Contract of Service (CoS)

Penempatan baharu ini menjadikan jumlah keseluruhan pengambilan khas guru secara one-off yang telah dilantik dan ditempatkan di sekolah adalah seramai 16,381 orang.

Sepertimana yang telah diarahkan, penempatan guru baharu ini telah mengambil kira permohonan pertukaran guru-guru yang memenuhi syarat pertukaran, khususnya kekosongan jawatan dan opsyen mata pelajaran.

Semakan Penempatan Guru One Off 2022

semakan penempatan guru one off

Sebagaimana yang dimaklumkan, keputusan penawaran penempatan guru boleh disemak mulai hari ini menerusi portal e-Graduan KPM di pautan https://egraduan.moe.gov.my.

Tarikh Lapor Diri Guru One Off

Selamat memulakan tugasan buat guru-guru baharu ini yang akan melapor diri di sekolah masing-masing pada 25 Julai 2022.

Kepada guru-guru baharu, tahniah diucapkan.

KPM sentiasa berikhtiar sehabis baik bagi memastikan perkara berkaitan pertukaran dan penempatan guru dapat dilaksanakan sebaiknya.

Semoga berjaya melaksanakan amanah dan memberikan khidmat yang terbaik demi pendidikan anak-anak generasi pewaris negara.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang semakan dan tindakan yang perlu dilakukan di Portal eGraduan untuk makluman dan tindakan bersama

Apakah eGraduan KPM?

ergaduan-kpm

e-Graduan merupakan modul baharu bagi Sistem Pengurusan Sekolah (SPS), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di bawah Pengurusan Guru.

Modul ini dibangunkan oleh Bahagian Pengurusan Maklumat (BPM), KPM dan diseliakan oleh Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), dan Sektor Operasi Pendidikan (SOP) KPM.

Modul ini melibatkan proses pengambilan dan penempatan guru baharu yang melibatkan kerjasama beberapa agensi sektor awam iaitu KPM, Suruhanjaya Perkhidmatan Perguruan (SPP), JobsMalaysia, Institut Pendidikan Guru (IPG), dan Universiti Awam (UA).

Kategori Pengguna

Sasaran pengguna utama modul ini ialah graduan dan pentadbir sistem.

Perincian adalah seperti berikut:

  1. Graduan
    • Hanya graduan yang telah DIPERAKU oleh Suruhanjaya Pelajaran Pendidikan Malaysia (SPP) sahaja dibenarkan untuk mendaftar di modul ini, dan;
    • Graduan yang tersenarai di HEBAHAN Portal KPM dan e-Graduan sahaja boleh mendaftar di modul ini pada masa yang ditetapkan untuk menyemak dan mengemaskini maklumat yang diperlukan, serta membuat semakan penempatan.
  2. Pentadbir Sistem
    • Hanya pentadbir sistem yang telah DILANTIK oleh KPM sahaja dibenarkan untuk menggunakan modul ini mengikut peranan yang telah ditetapkan. 

Cara Pendaftaran eGraduan

  • Isi semua maklumat dengan teliti supaya tiada masalah ketika log masuk ke sistem.
  • Pastikan Kata laluan, soalan keselamatan dan jawapan perlu diingat oleh pengguna kerana medan ini diperlukan jika hendak menukar kata laluan.
  • Klik butang SIMPAN untuk proses pendaftaran. Pengguna boleh terus ke ruangan LOG MASUK untuk menggunakan sistem dan butiran pendaftaran dihantar ke alamat emel yang telah diisi.

Login eGraduan KPM

  • Setelah membuat pendaftaran, pengguna boleh log masuk ke sistem dari LAMAN UTAMA dengan memasukkan butiran ID, Kata Laluan dan No. KP.
  • Sekiranya maklumat yang dimasukkan tidak tepat, paparan MAKLUMAT LALUAN MASUK SALAH akan dipaparkan.
  • Pengguna perlu memastikan butiran adalah tepat seperti didaftarkan.
  • Setelah berjaya log masuk, terdapat paparan bagi nama dan no Kad Pengenalan.
  • Terdapat beberapa tab yang disediakan untuk disemak dan dikemaskini.
  • Anda boleh Muat Turun Manual Pengguna di bawah bagi memudahkan navigasi di halaman tersebut.

Tab Semakan Penempatan akan dipaparkan setelah hebahan berkaitan semakan dibuat di Portal KPM dan e-Graduan

Calon juga adalah diingatkan agar memuat turun dan melengkapkan borang Pakej Setuju Terima di Portal SPP pada pautan berikut  https://www.spp.gov.my/  untuk tujuan pengesahan lantikan anda dalam tempoh 30 hari dari tarikh melapor diri melalui Ketua Jabatan kepada Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP).

Lupa Kata Laluan eGraduan KPM

Bagi anda yang terlupa kata luan

  • Sila klik LUPA KATA LALUAN dan lengkapkan maklumat di bawah bagi tujuan mendapatkan Kata Laluan.
  • No. Kad Pengenalan :
  • E-mel yang Digunakan Semasa Mendaftar :
  • Mandatori – semua medan wajib diisi dengan lengkap.
  • Anda juga boleh klik TUKAR KATA LALUAN untuk menukar password yang telah didaftarkan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya tuan/puan tidak berjaya untuk membuat Semakan Keputusan Penempatan Guru One Off 2022 melalui modul ini, sila hubungi:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) di talian
03-8884 7741 / 03-8884 7779 / 03-8872 1446 untuk bantuan selanjutnya.

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!