Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) | Cara Memohon & Syarat Kelayakan

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022 | Cara Memohon & Syarat Kelayakan ~ Sukacita dimaklumkan kepada wanita di Negeri Selangor, anda kini berpeluang mendapatkan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor atau dikenali sebagai Biasiswa WBS bagi menjalani Program Pembelajaran Sepanjang Hayat (PPSH).

Tarikh tutup permohonan adalah sebelum 15 Mac 2022 bagi ambilan Mei 2022.

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022

Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS) 2022 adalah merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah oleh Jawatankuasa Tetap Pembangunan Wanita & Keluarga Negeri Selangor melalui Wanita Berdaya Selangor (WBS) sebagai agensi pelaksana dan telah dilancarkan pada tahun 2021.

Antara matlamat utama inisiatif ini adalah untuk menyediakan wanita yang berilmu pengetahuan dan berkompetensi tinggi menerusi pendidikan yang berterusan, senada dengan aspirasi Dasar Wanita Selangor dalam Titik Tumpuan 3 iaitu Kepimpinan dan Perwakilan.

Bidang pengajian yang ditawarkan menerusi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  • Pengurusan
  • Pemasaran
  • Sumber Manusia
  • Perniagaan
  • Sains Politik

Syarat Kelayakan

i) Kategori orang awam

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun dan merupakan pengundi di Selangor.
  • Wanita berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Minat dan aktif dalam kerja kemasyarakatan.
  • Pemohon memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS)

ii) Kategori Alumni Akademi Kepimpinan Wanita (AKW)

  • Pemohon mengikuti program AKW sehingga tamat pengajian.
  • Pemohon berumur 21 tahun hingga 40 tahun.
  • Pemohon menamatkan pengajian di AKW dan telah bergraduasi.
  • Memenuhi syarat kelayakan kursus yang ingin dipohon (sila rujuk maklumat kursus di laman web WBS).
Biasiswa Wanita Berdaya Selangor (WBS)

Cara Membuat Permohonan

Kemudian, pemohon perlu menghantar email kepada pihak urusetia di emel berikut: [email protected]

Sila tulis ‘Nama Penuh – PPSH KOHORT 2’ di subjek email dan menyertakan:

  • Salinan salinan kad pengenalan
  • Gambar berukuran passport
  • Resume 
  • Jawapan Peribadi Permohonan Biasiswa Wanita Berdaya Selangor ;

“Mengapakah anda berminat untuk melanjutkan pelajaran? Mengapa biasiswa tajaan WBS wajar diberikan kepada anda? Apakah yang ingin anda sumbangkan kepada masyarakat?” (minima 150 patah perkataan).

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila rujuk  laman web berikut: https://www.wbselangor.com.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!