Bantuan i-Fitri 2023 : Semakan Permohonan & Status Bayaran

Belanjawan Terengganu 2023: Bantuan Dana i-Fitri Untuk Rakyat Terengganu ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi bantuan Dana i-Fitri kini dibuka.

Bantuan ini akan memanfaatkan seramai 115,000 penerima yang terdiri daripada golongan isi rumah yang terjejas kalangan B40 dan sebahagian M40. 

i-fitri 2023

Bantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40

i-Fitri adalah merupakan salah satu inisiatif bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada keluarga miskin dan isi rumah berpendapatan antara RM 2,500 hingga RM 5,000 sebulan.

Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar telah mengumumkan bantuan ini ketika persidangan Belanjawan Terengganu 2022. Persidangan ini bertemakan ‘Merakyatkan Sejahtera Untuk Semua’ dan telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada 15 November 2022.

Objektif utama pakej bantuan i-Fitri ini adalah untuk membantu keluarga yang terjejas dari segi kewangan supaya dapat meraikan Aidilfitri dengan kelengkapan yang cukup dan lebih meriah. 

Ikuti perkongsian kami dengan lebih lanjut untuk ketahui mengenai bantuan yang ditawarkan serta kaedah untuk kemaskini permohonan.

Baca Juga : Belanjawan Terengganu 2022: Bantuan Dana i-Fitri Untuk Golongan B40 & M40

Tarikh Permohonan

Bantuan i-Fitri

  • Tarikh permohonan dibuka : 19 Mac 2023
  • Tarikh akhir permohonan: 31 Mac 2023

Kadar Bantuan Dana i-Fitri 2023

Berikut ialah kadar bantuan yang ditawarkan kepada pemohon yang berkelayakan :

  • RM 300 one-off

Syarat Utama Permohonan

  • Rakyat Terengganu dan menetap di Negeri Terengganu.
  • Maklumat pemohon mesti ada dalam Sistem Profil Rakyat Terengganu (PRT20)
  • Pemohon adalah pengundi berdaftar di Terengganu.
  • Pemohon merupakan Ketua Isi RUmah (KIR) yang mempunyai tanggungan dengan jumlah pendapatan bulanan isi rumah TIDAK MELEBIHI RM 2,500.

Syarat Bagi Permohonan Baru

Permohonan BARU hendaklah muatnaik dokumen berikut ke sistem :

  • Salinan Kad Pengenalan / sijil kelahiran pemohon dan tanggungan.
  • Salinan Slip Gaji atau slip pencen terkini atau Surat Akuan Pendapatan
  • Pemohon yang tidak mempunyai slip gaji perlu kemukakan Surat Akuan Pendapatan (disahkan oleh Penghulu Mukim atau Pengerusi JPKK).
  • Pemohon boleh cetak borang permohonan sebagai simpanan dan bukti menyelesaikan permohonan.
  • Permohonan boleh ditolak sekiranya maklumat tidak benar dan tidak lengkap.

Pemohon Tidak Layak

  • Peniaga berlesen adalah TIDAK LAYAK memohon kecuali pendapatan isi rumah kurang daripada RM 2,5000 sebulan (disahkan oleh JPKK).
  • Semua Penjawat Awam dan lantikan kerajaan yang menerima elaun tetap bulanan adalah TIDAK LAYAK memohon.

Kaedah Permohonan

Permohonan boleh dilakukan secara atas talian mulai 19 Mac 2023 menerusi pautan https://ibantuan.terengganu.gov.my.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai Bantuan i-Fitri 2023, anda boleh rujuk Rangkuman Ucapan Belanjawan Terengganu seperti di bawah :

Anda juga boleh hubungi Hotline Negeri di talian berikut :

  • 011- 5368 1120
  • 011- 1526 5561

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!