Cara Memohon Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022

Cara Memohon Skim Program Rezeki Ternak Ruminan 2022 ~ Program ini telah dilaksanakan sejak tahun beberapa tahun yang lalu hasil cetusan idea YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Dato’ Seri Salahuddin Bin Ayub semasa perjumpaan bersama penternak di Taman Kekal Pengeluaran Makanan/Ladang Satelit Lubuk Bakul, Muar, Johor. 

Antara objektif utama Bantuan Skim Rezeki Ternak ini adalah untuk membantu meningkatkan pendapatan melalui kaedah penjenamaan semula pawah dengan mewujudkan bantuan ternakan kepada penternak kecil ruminan. 

Program Rezeki Ternak Ruminan 2022

Program Rezeki Ternak dilaksana menggunakan kaedah geran pemadanan 90:10 bagi ternakan ruminan iaitu geran 90% kerajaan dan 10% daripada penternak. 

Tujuan program ini adalah untuk membantu penternak bagi mengekalkan sumbangan mereka dalam bidang penternakan disamping mensasarkan peningkatan pendapatan bagi golongan penternak kecil.

Skop Program Rezeki Ternak Ruminan

Pemohon yang berjaya akan menerima bantuan induk ternakan ruminan (lembu, kambing, bebiri & kambing tenusu – dengan konsep geran padanan 10:90) dan bantuan input penternakan, peralatan dan pembaikan kandang / reban.

Syarat-Syarat Permohonan Rezeki Ternak

  • Pemohon harus mengikuti syarat-syarat seperti berikut:
  • Pemohon mestilah penternak kecil sedia ada yang telah berdaftar dengan E-Permit 2 dan berdaftar dengan Pejabat Perkhidmatan Veterinar di Daerah terdekat. 
  • Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 55 tahun pada 1 Januari tahun permohonan.
  • Pemohon mestilah mempunyai pengalaman menternak ternakan ruminansekurang-kurangnya 1 tahun.
  • Mempunyai kawasan menternak yang sah dan kemudahan yang sesuai.
  • Mempunyai surat pemilikan / surat kebenaran / surat perjanjian yang berkaitan bagi pembuktian status kawasan penternakan.
  • Keluasan kawasan menternak yang mencukupi dan mempunyai sumber makanan.
  • Pemohon berupaya untuk melaksana dan mengurus projek.
  • Pemohon yang berjaya perlu bersetuju untuk dipantau oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) sepanjang tempoh perlaksanaan projek.
  • Ladang penternak kecil mempunyai program kesihatan dengan DVS Negeri dan membuat saringan penyakit (Bruselosis/CLA/lain-lain penyakit) mengikut program kawalan penyakit kebangsaan sebelum permohonan dibuat.
  • Pemohon yang berjaya layak diberi ternakan maksima 5 ekor lembu induk atau 10 ekor kambing/bebiri dengan maksima nilaian ternakan sebanyak RM20,000.
  • Pemohon yang berjaya perlu menandatangani perjanjian bersama Kerajaan bagi menjalankan projek penternakan di bawah skim ini sekurang-kurangnya 3 tahun.
  • Pemohon yang berjaya perlu menyediakan 10% daripada jumlah perolehan ternakan. 

Sasaran Program

Dalam tempoh 3 tahun Perjanjian, peserta harus mencapai KPI atau sasaran prestasi keseluruhan ladang seperti yang dipersetujui di dalam perjanjian Pelaksanaan Program Rezeki Ternak yang perlu ditandatangani oleh peserta.

Cara Membuat Permohonan

Pemohon yang berminat dan menepati syarat seperti yang ditetapkan boleh mengisi borang dengan mengimbas Kod QR seperti yang tertera pada poster dibawah ini. 

program rezeki ternak ruminan

Borang permohonan yang telah lengkap diisi boleh dihantar ke Pejabat Perkhidmatan Veterinar atau Pusat Operasi VetEC yang berhampiran.

Tarikh Permohonan

Anda boleh membuat permohonan bermula 1 Disember hingga 31 Disember 2021.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan 

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lanjut atau mempunyai sebarang persoalan, sila hubungi pihak urusetia melalui talian berikut: 03-88702406/ 03-88702421

Atau rujuk, laman web rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar: http://www.dvs.gov.my/. 

Sumber: Facebook Rasmi Jabatan Perkhidmatan Veterinar

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!