Permohonan Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah Yayasan Pahang

Anak-anak Negeri Pahang yang akan menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada peringkat pra siswazah atau pasca siswazah, anda boleh memohon Geran Pra Siswazah & Pasca Siswazah daripada Yayasan Pahang.

Untuk makluman, geran ini mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan dikhaskan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke IPT yang terpilih.

Pemberian geran ini merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang kepada anak-anak Negeri Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Pemohon yang berminat boleh memohon secara atas talian melalui pautan http://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/.

Kadar Geran

Bagi pemohon yang layak, kadar geran yang akan diberikan adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:

  • Pra Siswazah: RM500
  • Pasca Siswazah: RM1000

Penerima hanya boleh memohon sekali sahaja bagi setiap kategori dan jika pelajar telah menerima geran ini semasa Asasi/Matrikulasi/Tamhidi/Pra/Diploma, mereka adalah tidak layak untuk memohon geran pra siswazah bagi Ijazah Sarjana Muda.

Senarai IPTA/ITPS Yang Diluluskan

Bagi pelajar yang memohon geran bagi menyambung pengajian ke peringkat pra siswazah, senarai pengajian di IPTA/IPTS berikut layak memohon:

i) IPTA

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)

ii) IPTS

  1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  2. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)
  3. Universiti Multimedia (MMU)
  4. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  5. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
  6. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  7. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  8. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

iii) Lain-Lain

  1. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  2. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
  3. Pahang Skills
  4. Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
  5. Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
  6. Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja.
  7. Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS.
  8. Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
  9. Kolej Tuanku Abdul Rahman bagi peringkat Diploma sahaja.
  10. Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma.
  11. DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma.
  12. Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja

Bagi pelajar yang memohon geran bagi menyambung pengajian ke peringkat pasca siswazah, senarai IPTA/IPTS berikut layak memohon:

  1. Universiti Malaya (UM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  4. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  5. Universiti Malaysia Pahang (UMP)
  6. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  8. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  10. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  13. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  18. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  21. Universiti Islam Malaysia (UIM)
  22. Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS)
  23. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)

Syarat Kelayakan

Bagi pra siswazah, syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang bagi permohonan geran ini adalah seperti berikut:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:
    – Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
    – Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
    – Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
  2. Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
  3. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM; atau
  4. Telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
  5. Bagi pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda, peputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
  6. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan dan permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.

Untuk pasca siswazah, syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan geran ini adalah seperti:

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:
    – Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; atau
    – Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
    – Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
  2. Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
  3. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
  4. Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.
  5. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang yang disediakan serta melampirkan salinan dokumen yang telah disahkan benar.

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan geran ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web di pautan http://eyayasan2.yp.org.my/egeran/awam/.
  2. Klik bahagian ‘Daftar Pengguna Baru.’
  3. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  5. Isi maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan.

Pertanyaan & Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut mengenai geran ini, sila hubungi Yayasan Pahang di talian 09-5181800 atau layari laman web http://www.yp.org.my/ untuk maklumat lanjut.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!