Permohonan SRAS: Bantuan Sewa Kediaman Sarawak RM200 Sebulan

Bagi golongan B40 di Sarawak, Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) Negeri Sawarak telah membuka Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak atau Sarawak Rental Assistance Scheme (SRAS) kepada mereka yang layak.

Untuk pengetahuan, HDC merupakan badan korporat di bawah Kementerian Perumahan Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1971 di bawah Ordinan Perumahan dan Pembangunan dan mula beroperasi pada 1 November 1972.

Fungsi umum perbadanan ini adalah untuk membangun, membina, mendirikan dan melengkapkan rumah untuk dijual atau disewakan di Negeri Sarawak.

Selain itu, bagi membantu golongan B40, SRAS ini diperkenalkan bagi meringankan beban golongan tersebut untuk membayar sewa rumah.

Mengenai Skim Bantuan Sewa Kediaman Sarawak

SRAS adalah skim bantuan sewa yang diberikan kepada mereka yang layak dengan bantuan sebanyak RM200.00 sebulan selama 36 bulan atau 3 tahun maksimum.

Permohonan ini dibuka kepada penyewa yang bekerja di bandar Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri sahaja.

Selain itu, pemilihan adalah berdasarkan kepada ”first come, first serve basis” atau siapa cepat dia dapat.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan oleh Perbadanan Pembangunan Perumahan Negeri Sarawak kepada mereka yang berminat adalah seperti berikut:

  1. Pemohon mestilah warganegara Malaysia, pemastautin tetap di Sarawak dan mempunyai kad pengenalan dengan status ‘K.’
  2. Pemohon berusia 21 tahun ke atas.
  3. Pemohon ialah penerima bantuan ekasih dan/atau pendapatan isi rumah tidak melebihi RM 2,131.00 sebulan.
  4. Pemohon sudah Berkahwin
  5. Untuk pemohon yang merupakan bapa atau ibu tunggal, mereka mestilah mempunyai sekurang-kurangnya 1 orang anak yang tinggal bersama.
  6. Keutamaan permohonan juga akan diberikan kepada Orang Kelainan Upaya (OKU).
  7. Pemohon sedang menyewa (premis/rumah yang disewa bukan milik ahli keluarga terdekat).

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan skim bantuan sewa ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan https://hdc.sarawak.gov.my/upload/file_folder/Borang2/BorangPermohonanSRASbyHDC.pdf.
  2. Isi borang permohonan tersebut dengan lengkap dan betul.
  3. Sediakan dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan ke alamat berikut:

    Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC),
    Wisma Sultan Tengah, Jalan Sukma,
    Petrajaya, P.O Box 1504,
    93050 Kuching, Sarawak, Malaysia

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Bukti sebagai penerima eKasih.
  2. Salinan sijil kahwin/sijil cerai.
  3. Salinan Kad Pengenalan (pemohon & pasangan).
  4. Salinan sijil lahir/MyKid/MyKad anak yang berada dibawah tanggungan & tinggal Bersama pemohon.
  5. Penyata gaji yang menunjukkan pendapatan kasar bulanan ketua isi rumah/ pasangan.
  6. Salinan kad OKU bagi pemohon OKU.
  7. Perjanjian sewa yang ditandatangani & dimatikan stem hasil.
  8. Persetujuan tuan punya premis untuk penyewa menyertai skim bantuan sewa ini.
  9. Gambar premis yang disewa.

Pertanyaan Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi HDC di talian 082-444 381 atau 082-443 681.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!