Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 (SPPTP)

Tawaran Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak 2022/2023 ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak bagi sesi 2022/2023 kini dibuka.

Pinjaman dibuka bagi memberi kemudahan pinjaman pengajian tinggi kepada anak Perak yang berkelayakan untuk lanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi yang ditaja dan seterusnya dapat menyumbang kepada modal insan dan ekonomi negeri Perak.

Peringkat Pengajian Yang Terlibat Dalam Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

Pinjaman ini diberikan kepada calon mahasiswa Perak yang ingin melanjutkan pengajian ke peringkat :

  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda
  • Ijazah Sarjana (Master)
  • Ijazah Kedoktoran (PhD)

Pelajar yang lanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan memperoleh CGPA 3.75 ke atas layak untuk memohon pengecualian bayaran balik.

Walau bagaimanapun, pengecualian ini tertakluk pada keputusan Lembaga Kumpulan Wang Biasiswa Pengajian Tinggi Negeri Perak dari semasa ke semasa.

Pinjaman Pengajian Tinggi Negeri Perak

Syarat Permohonan

Pemohon perlulah penuhi syarat permohonan yang telah digariskan seperti berikut :

  1. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Perak
  2. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di negeri Perak tetapi beralamat di luar negeri Perak telah bermastautin di negeri Perak lebih dari 10 tahun;
  3. Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di luar negeri Perak telah bermastautin di negeri Perak lebih dari 10 tahun ;
  4. Pemohon mestilah mengikuti kursus pengajian sepenuh masa ;
  5. Bagi pemohon yang sedang belajar hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya hendaklah berbaki tiga (3) semester ada satu (1) setengah tahun tempoh pengajian pada masa pembayaran kali pertama diterima;
  6. Keutamaan diberikan kepada golongan B40;
  7. Umur pemohon pada tahun semasa mestilah tidak melebihi 41 tahun.
  8. Maklumat yang diisi perlulah benar, lengkap dan betul. Jika didapati maklumat yang diberikan tidak benar atau palsu, pihak kerajaan negeri Perak berhak membatalkan permohonan serta-merta.
  9. Status permastautin perlu dikemukakan dan perlu disahkan oleh Penghulu di daerah masing-masing.

Pemohon juga disarankan untuk membaca maklumat lengkap  di bawah sebelum mengisi borang  :

Syarat Permohonan

 Senarai IPT Yang Ditaja

Tarikh Permohonan

Tarikh permohonan pinjaman dibuka mulai 30 Januari 2022 hingga 29 April 2022.

Cara Permohonan

Permohonan melalui secara dalam talian dalam pautan :

http://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0#

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Unit Pinjamam Pengajian Tinggi, Pejabat Setiausaha kerajaan Negeri Perak di talian 05-209 5000 sambungan Unit Pinjaman Pengajian Tinggi Perak.

Media sosial : Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak

Pautan permohonan : http://spptp.perak.gov.my/page/main/home.php?id=0#

Laman web : https://www.perak.gov.my/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!