Permohonan MRSM 2023/2024 Tingkatan 1 & 4

Terkini Permohonan MRSM 2023 tingkatan 1 dan 4 kini dibuka. Pelajar, ibu bapa, dan penjaga boleh membuat permohonan secara dalam talian bermula 1 September 2022 hingga 4 November 2022. Pautan permohonan mula dibuka pada jam 10.00 pagi.

MARA mempelawa calon-calon yang memiliki sahsiah terpuji, jati diri yang tinggi dan cemerlang dalam akademik serta aktif dalam aktiviti kokurikulum untuk mengikuti Sistem Pendidikan Maktab Rendah Sains MARA (SPMRSM) yang menawarkan program-program berteraskan kurikulum kebangsaan dan antarabangsa.

Pengenalan MRSM

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

Visi MRSM

Menjadikan MRSM sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang inovatif dan bertaraf dunia.

Misi MRSM

Melahirkan pelajar bumiputera yang berpotensi tinggi dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta mempunyai ciri-ciri keusahawanan.

Kemudahan

MRSM menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan untuk pelajar seperti berikut  :

  • Surau
  • Pusat Media
  • Kedai Koperasi
  • Rawatan Gigi
  • Kaunseling
  • Perkhidmatan Bas dan Van
  • Pusat Sumber (berhawa dingin)
  • Dewan Makan
  • Perkhidmatan Dobi
  • Kawalan Keselamatan
  • Kemudahan Sukan dan Permainan / Rekreasi

Program Sistem Pendidikan MRSM

Terdapat enam program yang berteraskan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM)
dilaksanakan di MRSM seperti berikut::

  • Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Permohonan MRSM 2023 Tingkatan 1 dan 4

permohonan mrsm 2023

Sebagai makluman pengambilan kemasukan pelajar MRSM setiap tahun adalah untuk tingkatan 1 dan 4 sahaja. Pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran ke MRSM serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum adalah dipelawa memohon bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar

Syarat Kemasukan Umum

  1. Calon warganegara Malaysia
  2. Ibu dan / atau bapa ialah warganegara Malaysia
  3. Calon memohon secara dalam talian (online)
  4. Calon wajib menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM)
  5. Calon sihat tubuh badan dan mampu berdikari
  6. Calon lahir pada 2 Jan 2010 hingga 1 Jan 2011 bagi calon Tingkatan 1 2023 atau calon lahir pada 2 Jan 2007 hingga 1 Jan 2008 bagi calon Tingkatan 4 2023.
  7. Ibu bapa / penjaga dan penjamin yang bukan disenarai hitam (blacklisted) oleh MARA.
  8. Keutamaan diberikan kepada pemohon daripada keluarga berpendapatan rendah yang memenuhi syarat-syarat ditetapkan.
  9. Tarikh permohonan 2023/2024 akan dibuka pada 1 September hingga 4 November 2022

Cara Permohonan MRSM 2023 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi calon yang berminat.

  1. Layari laman web rasmi MARA di https://www.mara.gov.my/
  2. Pastikan anda telah membaca dan memahami semua Program MRSM sebelum membuat permohonan.
  3. Bagi memulakan proses permohonan, sila klik pada (Permohonan Tingkatan 1) atau (Permohonan Tingkatan 4).
  4. Bagi pengguna yang belum pernah mendaftar, sila klik pada (Daftar Pengguna).
  5. Satu mesej akan dipaparkan menandakan pendaftaran telah berjaya.
  6. Log masuk menggunakan maklumat yang telah didaftarkan.
  7. Sila lengkapkan semua Maklumat Pemohon, Ibu Bapa & Penjaga, Maklumat Pendapatan Keluarga, Maklumat Pilihan Program dan Pilihan Pusat Ujian di ruangan yang disediakan.
  8. Di bahagian Perakuan, sila pastikan pemohon menandakan (✔) di bahagian pengakuan pemohon dan pegakuan Ibu bapa/penjaga bagi mengesahkan semua maklumat yang dimasukkan adalah benar dan klik (Hantar).
  9. Satu mesej akan dipaparkan menandakan permohonan telah berjaya dihantar.
  10. Sila klik (Cetak) bagi mencetak borang yang telah lengkap diisi.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM 2023/2024

  • Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).
  • Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.
  • Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.
  • UKKM akan dijalankan pada hujung minggu di pusat ujian yang dinyatakan dalam sistem permohonan.
  • Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.
  • Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan MRSM 2023, anda boleh layari website https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/ .Pautan permohonan mula dibuka jam 10.00 pagi mulai tarikh yang dinyatakan.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!