Permohonan Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 RM500
Golongan B40 yang tinggal di Wilayah Persekutuan yang terjejas akibat pandemik COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang sedang dikuatkuasakan, anda boleh memohon menerusi Bantuan Zakat Kecemasan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 3.0.
Untuk makluman, bantuan zakat ini disalurkan bagi meringankan beban golongan B40 di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan yang terjejas akibat COVID-19 dan pelaksanaan PKP 3.0.
Bantuan zakat kecemasan ini adalah kesinambungan daripada bantuan zakat kecemasan yang telah disalurkan sebelum ini ketika PKP 1.0 dan PKP 2.0.
Oleh itu, permohonan bantuan zakat kecemasan ini mula dibuka pada 15 Jun sehingga 30 Jun 2021 secara online.
Jumlah Bantuan
Pemohon yang layak untuk menerima bantuan zakat kecemasan ini akan menerima bantuan kecemasan one-off sebanyak RM500.
Syarat Permohonan
Syarat permohonan bagi pemohon yang ingin memohon Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0 adalah seperti berikut:
- Pemohon merupakan golongan B40 yang mana pendapatan mereka terjejas.
- Pemohon tinggal di Wilayah Persekutuan sama ada di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
- Pemohon bukan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
- Pemohon bukan penerima Bantuan Kecemasan COVID-19 2.0.
Kategori Tidak Layak Memohon
Terdapat beberapa kategori pemohon yang tidak layak memohon bantuan zakat kecemasan ini iaitu:
- Penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP.
- Penerima yang menerima 11 inisiatif yang ditawarkan oleh MAIWP.
Cara Memohon
Pemohon yang ingin membuat permohon boleh memohon melalui langkah-langkah berikut:
- Layari laman web ebaitulmal.maiwp.gov.my/ez-zakat/.
- Klik bahagian ‘Sila Semak dalam Senarai Penerima’ dan masukkan no kad pengenalan serta klik butang ‘Semak.’
- Jika tiada dalam senarai penerima, anda boleh membuat permohonan baharu.
- Klik pada bahagian ‘Pengguna Baru,’ isikan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan.
- Di bahagian maklumat pemohon, isikan maklumat yang diperlukan.
- Pemohon juga perlu memuat naik dokumen yang diperlukan.
- Kemudian, klik bahagian ‘Hantar Bantuan Permohonan.’
- Kemudian klik butang ‘Hantar Permohonan.’
Soalan Lazim
Bantuan sebanyak RM500 secara one-off akan diberikan kepada mereka yang layak.
Tidak. penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal MAIWP tidak layak memohon.
Boleh. Pemohon perlu membuat permohonan secara atas talian.
Pertanyaan Lanjut
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Zakat Kecemasan MAIWP 3.0, sila hubungi Talian Hotline:
- Kuala Lumpur: 012-518 3614/012-512 7614/019-200 7623
- Putrajaya: 011-5949 6216/011-6303 8443
- Labuan: 013-581 6066