Aplikasi Jejak Asnaf: Permohonan Bantuan Kecemasan MAIM

Akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, permohonan Bantuan Kecemasan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kini hanya boleh dilakukan melalui aplikasi mobil Jejak Asnaf.

Permohonan melalui aplikasi ini juga dilakukan disebabkan Bahagian Agihan Zakat MAIM tidak membuka kaunter bagi urusan bantuan kecemasan ketika dalam tempoh PKP 3.0 pada kali ini.

Oleh itu, bagi orang ramai yang ingin memohon Bantuan Kecemasan MAIM, mereka boleh memohon melalui aplikasi Jejak Asnaf tersebut.

Selain itu, menerusi aplikasi ini juga orang ramai boleh melaporkan asnaf yang memerlukan bantuan kecemasan tersebut dan permohonan tersebut akan diproses oleh pihak MAIM bagi bantuan disalurkan dengan segera.

Kelebihan Aplikasi Jejak Asnaf

Terdapat beberapa kelebihan yang boleh dilihat menerusi aplikasi Jejak Asnaf ini iaitu:

  1. Saluran untuk menyampaikan maklumat berkaitan individu yang memerlukan bantuan.
  2. Mengurangkan kes-kes tular yang berlaku melibatkan para asnaf.
  3. Sistem yang boleh digunakan oleh sesiapa dan di mana-mana sahaja.
  4. Dapat melaporkan kes-kes mengenai asnaf dengan cepat dan mudah.
  5. Dapat mengurangkan atau tiada lagi keciciran bantuan terhadap golongan yang memerlukan.

Cara Mendaftar

Untuk membuat perdaftaran menerusi aplikasi ini, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Muat turun aplikasi di Play Store https://play.google.com/store/apps/details?id=com.maim.asnaf.
  2. Buka aplikasi dan klik ‘Daftar Pengguna.’
  3. Buat semakan asnaf sama ada telah berdaftar dengan MAIM atau tidak.
  4. Jika belum berdaftar, sila isi maklumat asnaf tersebut.
  5. Setelah mendaftar, pengguna boleh menyemak status maklumat atau aduan yang telah dilakukan menerusi aplikasi ini.

Soalan Lazim

Apakah tujuan aplikasi Jejak Asnaf ini diwujudkan?

Aplikasi mobil Jejak Asnaf ini ditubuhkan adalah untuk memberikan kemudahan kepada rakyat negeri Melaka untuk menyampaikan maklumat individu yang memerlukan bantuan kebajikan.

Adakah aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Apple App Store?

Tidak. Setakat ini aplikasi ini hanya boleh dimuat turun melalui Google Play Store sahaja.

Bilakah status semakan akan dikemaskini oleh pihak MAIM?

Setelah menerima maklumat dan aduan, status semakan akan dikemaskini secepat mungkin.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapat maklumat lanjut, layari laman web rasmi MAIM iaitu https://maim.gov.my/.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!